Kalau sudah namanya orang melayu, memang menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.

Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.

Hari ini admin kongsikan satu resipi sambal belacan untuk ibu-ibu cuba sendiri. Katanya, resipi ini mendapat permintaan ramai.

Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang merah, bawang putih serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.

Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Anuar Hanem Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


RESEPI SAMBAL BELACAN “PIKAT HATI MERTUA”

Resepi ni tak dapat kat mana2, atas permintaan ramai saya cuba share jugak.

IKLAN

Bahan-bahan 

-Senggegam cili api

-Sebiji tomato

-2 ulas cili merah

IKLAN

-2 biji bawang besar

-1/2 labu bawang putih

-1/4 genggam ikan bilis

-1 papan belacan

IKLAN

Cara membuat:

Semua bahan tu sangai sampai naik bau wangi.

Resipi Sambal Belacan Pikat Hati Mentua. Begini Cara Buatnya. Memang Padu, Sedap & Pekat!

Ok, tumbuk semua bahan tu campurkan AKAR KETUMBAR yg dah dibilas bersih dan limau kasturi 2 biji dibuang biji. Tumbuk semua bahan2 termasuk kulit limau.

-asam jawa di perah secukup rasa( pastikan bancuh sepekat mungkin supaya sambal tak cair)

-masukkan GULA MERAH 2 sudu besar. gaul hingga sebati. siap.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI