Kalau sudah namanya orang melayu,  7 menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.

Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.

Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.

Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa

 Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!

Ini namanya sambal belacan.
Lain orang lain cara penyediaannya.
Tapi sambal belacan Hakak Ros sampai ada yang termimpi² bila dah lama tak merasa.
Dalam rumah ni kalau Abang Long ada, stok sambal belacan kena sentiasa ada. Hantu sambal belacan anak bujang tu.
Abang Long cakap sambal belacan ibu yang paling sedap di dunia. Dah namanya anak ibu, air tangan ibunya jugak yang sedap.
Meh lar kita tengok resipinya.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!

IKLAN

Bahan-bahan:

Belacan Melaka 1/2 ketul
Bawang besar 1 biji sedang
Cili api 40 – 50 biji
Cili besar 5 – 8 biji
Limau kasturi 10 – 15 biji
Gula 2 sudu besar (agak² jer)

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!

IKLAN

Cara membuat: 

Mula² kita gorengkan sebentar belacan & bawang besar. Bawang tu jangan layu sangat. Agak² dah layu sikit terus angkat.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!Masukkan belacan & bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar (cili² tu tak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pon boleh) & gula. Gula pon jangan banyak sangat. Agak² jer tau untuk seimbangkan rasa. Hakak Ros tak letak garam sebab belacan Melaka tu dah masin. Tapi kalau belacan rasa tak masin boleh lar isi sedikit garam.

IKLAN

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan Hakak Ros tak menggunakan air. Hanya air limau kasturi jer.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!Blend kasar. Kalau buat dalam kuantiti sedikit guna lar lesung batu untuk menumbuk.
Yang penting seimbangkan rasanya. Ni masa blend tak guna sebarang air tau. Hanya air limau kasturi jer untuk menggerakkan blender.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!Sambal belacan ni kena ada rasa pedas, masam, manis & masin. Sedang²kan kat tekak lar kiranya.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!Ada ulam²an syiok makan dengan sambal belacan.

Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI