Jika ada roti di rumah yang tidak berusik dan hampir tamat tarikh luput, jangan terus dibuang. Jom kita cuba menu baru untuk keluarga dengan bahan ini.

Resipi Roti Lapis Daging ini cukup mudah tapi rasanya cukup sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma Roti Lapis ni taklah berlapis-lapis.

Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.

Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil air tangan Nadiah HanumPasti suami dan anak-anak sukakannya.


BAHAN-BAHAN
Bahan Inti

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging kisar
Rempah daging
Lada hitam
*Mushroom / capsicum kalau suka
*Cili / cili padi bagi yang nak pedas
Sos cili Thai
Garam
Bahan Lapis

Roti secukupnya
Susu cair / susu segar
Sup Cendawan Campbell dalam tin
Telur
Cheese

CARA-CARA
1. MASAK INTI DAGING
Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.


2. CELUP ROTI DENGAN SUSU
Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.


3. RATAKAN INTI ATAS ROTI
Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.


4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM
Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.

5. LAPISKAN CHEESE
Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.


6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI
Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.


7. BAKAR
Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.


SIAP!
Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?


Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheese yang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.

Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubah suai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!

Tinggalkan Komen