Mempelbagaikan menu berasaskan roti untuk dihidang sebagai menu istimewa buat keluarga, apa kata mencuba menu ini.

Menariknya juga menu ini terletak pada cara memasaknya.  Roti perlu digoreng kemudian dibakar dengan bahan-bahan yang lainnya sekali gus memberi rasa yang sedap dan menyelerakan.

Roti goreng bakar bersama ayam dan cheese!

Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang! Mudah sangat ni, tunggu apa lgi? Buat ler..

Bahan-bahan

3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging slice
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih saya cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
Garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)

IKLAN

Cara-cara

Roti Digoreng Kemudian Dibakar, Hasilkan Rasa Luar Biasa Enak!

Goreng roti yang disalut telor dahulu, kemudian letak roti yang telah siap digoreng ke dalam bekas satu persatu hingga penuh.

Kemudian letakkan separuh daging atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese dan bawang yang telah dipotong dadu tadi.

IKLAN

Ulangi proses ni dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan taburan cheese.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir.Bakar dengan api sederhana selama 30 minit atau sampai lidi tak lekat.

Roti Digoreng Kemudian Dibakar, Hasilkan Rasa Luar Biasa Enak!

Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.

Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sampai cheese cair.

IKLAN

Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

-Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.

Sumber : Viral oh viral

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI