Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat
Anak Nazak Akibat Kemalangan, Ayah Ni Sempat Ajar Mengucap!
Kejadian bila mana seorang ayah dapat berada disisi anak yang sedang nazak akibat kemalangan, tentu saat itu cukup pilu dirasakan. Apatah lagi, perginya anak tersebut di bulan Ramadan.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Encik Hamid Sulong.
“Saya sempat ajar anak mengucap ketika dia nazak, dia sebut ALLAH..ALLAH…sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.”
Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan ini berlaku pada 9 Mei melibatkan dua pelajar sekolah maut di KM12 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh di sini.
Hamid Sulong, 63, sempat bersama anaknya, Siti Nor Hanim Alya, 17, buat kali terakhir apabila mangsa yang menunggang motosikal terkorban dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Menurutnya, dia mendapat tahu anaknya kemalangan selepas dihubungi saudara dan terus bergegas dari rumah di Kampung Nechang ke lokasi kejadian.
“ALLAH sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Menurutnya lagi, kelakuan Allahyarham pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.
“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motor kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.
“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia salam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.
Katanya, ALLAH lebih menyayangi anaknya yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila perginya di bulan Ramadan.
Sumber : Sinar Harian
Ini Cara Cepat Kupas Dan Tanam Bawang Putih Dengan Air, Rupanya Lagi Mudah Dan Bersih!
Bawang putih sering digunakan dalam masakan, perubatan, dan dan sebagainya. Bawang putih ataupun nama saintifiknya Allium sativum mempunyai pelbagai khasiat. Lantaran itu ia menjadi bahan yang wajib dibeli setiap kali ke pasar.
Namun ada juga cuba menanam tanaman ini. Tahukah anda bahawa, daun bawang putih ini amat sedap untuk masakan. Rasanya lazat dan lebih kuat daripada daun bawang.
Selain mengunakan kaedah mengunakan tanah, ada juga mengunakan cara merendam dalam air. Rupanya cara ini lebih bersih dan mudah. Siap boleh diletakkan di tepi tingkap rumah lagi bagaikan hiasan dekorasi rumah!
Apa kata lihat cara ini menerusi perkongsian pengguna Tiktok dengan nama Sang301101. Menarik untuk dicuba!
- Rendam beberapa labu bawang putih
2. Guna pencungkil besi ini untuk membuat kulit bawang.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, kulit bawang putih mudah dikupas. Bagi yang nak untuk masakan pun boleh guna cara ini.
4. Wow, Dah siap. Cantik dan kemas.
5. Setiap labu bawang putih direndam dalam gelas berisi air.
6. Telah tumbuh tunas
7.Beberapa hari, bawang putih menunjukan hasilnya. Daun bawang tumbuh dengan subur. Daun bawang putih sedap dibuat untuk masakan. Tak perlu dah guna medium tanah!.
@sang301101cách trồng hành tại gia mùa covid 😂 n.m làm thư chưa♬ nhạc nền Nguyễn – Sang
Ramai memuji tip yang dikongsi dan berpendapat ia cara yang mudah dan bersih.
Sumber: Sang301101.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Journey Bersama 3 Orang Anak Tunai Umrah, Ibu Ni Kongsikan Tip Agar Tak Meragam Di Sana!
Jika dilihat ramai ibu bapa hari ini selesa merancang untuk menunaikan umrah bersama keluarga di musim cuti sekolah. Walau pun harga pakej yang ditawarkan agak tinggi, namun itu semua tidak menghalang tujuan tersebut.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga ibu bapa masih teragak-agak untuk membawa anak yang masih kecil menunaikan umrah kerana bimbang kesukaran yang bakal dihadapi sepanjang berada di sana. Umpamanya membayangkan anak meragam, menangis, demam dan macam-macam hal di sana sudah cukup membantutkan niat untuk membawa si kecil bersama.
Meredakan gusar di hati, cubalah baca tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Sabrina ini yang telah pun melalui pengalaman membawa anaknya mengerjakan umrah, bukan seorang tapi tiga orang yang masih kecil iaitu berumur 5 tahun, 3 tahun dan Setahun.
Semoga melalui perkongsian ini akan memberi inspirasi untuk ibu ayah yang lainnya membuat keputusan terbaik dalam mengerjakan Umrah di masa akan datang.
UMRAH JOURNEY : 2 TIPS PENTING PERLU IBU BAPA TAHU BAWA ANAK KECIL SEUSIA 1,3 DAN 5 TAHUN
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar
“Eh tak susah ke bawa anak anak ni datang sini”
“Payah kan bawa budak budak”
“Budak budak ni tak meragam ke”
Ini di antara kata kata yang kaksab hadap dari mula nak pergi dan sepanjang dalam flight yang mengambil masa 8 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah
Dengar dari pengalaman orang lain, kita perlu cari yang memberi pandangan positif sahaja, sebab dari situ minda kita akan di set kan, alhamdulillah dari mula nak buat keputusan daftar nama untuk menunaikan umrah kaksab dah sungguh-sungguh positif
“Boleh ni bawa depa, nanti umi nak angkut Muhammad Ismail Mahdi pi tawaf dan masuk hijr ismail, nak bawa iffat Mifzal bergambar depan Kaabah, nak bawa isma Madihah di raudhah masjid nabawi
Alhamdulillah mudahnya lahai, apa yang telah di set dalam minda dari mula betul-betul terjadi tau… Sebab itu visualisasi dibawah pemikiran separa sedar, fikiran yang positif, kata kata baik dan doa itu perlu
Alhamdulillah hari pertama dari Malaysia terus ke Jeddah selama 8 hari di Makkah segalanya dipermudahkan Allah, berpeluang masuk selama sejam di kawasan hijr ismail di kala kesesakan jemaah yang sangat ramai, maklumlah musim sejuk/musim cuti sekolah yang semestinya menjadi pilihan jemaah untuk turun menunaikan umrah di Makkah.
Baki 4 hari di Madinah pula diuji dengan demam yang melanda namun, Allah permudahkan perjalanan kaki menjejak raudhah bersama anak anak dengan sangat sangat mudah dan lapang perjalanannya
Alhamdulillah banyak sangat Allah mudahkan, macam nak cerita banyak lagi, tapi tak pe sesiapa yang nak detail tentatif dan tip boleh je pm InsyaAllah nanti kaksab kongsikan ya secara detail, semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaatnya dan Bolehlah kita bantu mereka mereka yang mencari cari tips ini
Ada 2 tips yang penting kaksab nampak sesuai di praktikal kan bila nak travel jauh dan bagi menyesuaikan anak anak dengan keadaan untuk terbang dalam tempoh yang lama
1) Sebelum terbang beri masa untuk anak anak menikmati masa masa mereka seperti bawa ke taman di sekitar KLIA (beri mereka ruang berlari lari, bergelak ketawa, makan kenyang-kenyang)
2) Selesai cukupkan yang pertama, bawa ke tandas, tukar lampin, cuci muka dan beri mereka pakaian bersih (tips iffat, isma dan ismail lena di sepanjang penerbangan 8 jam)
Ekstra tip
Lain-lain tips pastikan anak anak kenyang dan gembira bagi memastikan mereka tidak meragam, jadi perjalanan yang kita rancang pasti berjaya huheeee senang kata lebih mudah bawa anak anak yakni “rezeki” kita ini bersama.
“Sebaliknya jika tidak bawa sangat sangat lah rugi tau.. Tiada istilah bawa anak anak susah, sebaliknya kalau kita seorang diri lagi susah uiiii bermacam ujian akhlak kau akan di uji (ini yang kaksab perhatikan terjadi) okay lah semoga bermanfaat tau”-Sabrina
sumber : Sabrina Tajuddin