Alangkah bahagianya hidup berumah tangga kalau semua lelaki berfikiran dan bersikap seperti adamcorrielee. Demikian antara komen yang diutarakan oleh netizen usai membaca kisah yang dimuat naik oleh pelakon ini.

Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie nyata mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.

“Rumah Tangga Bahagia Bukan Terletak Pada Zuriat.  Sabar, Usaha, Doa & Betulkan Niat Berkahwin Kerana Allah.” Deep Nasihat Adam Corrie

IKLAN

Jagalah isteri & anak sebagai anugerah & amanah yg Allah berikan pada kita sbg seorang khalifah keluarga.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta.

IKLAN

Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada. Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yg cadangkan saya berkahwin lagi. 
Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagian rumahtangga bkn terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita. 
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

IKLAN

Alhamdulilah selepas 10thn melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..
“Rumah Tangga Bahagia Bukan Terletak Pada Zuriat.  Sabar, Usaha, Doa & Betulkan Niat Berkahwin Kerana Allah.” Deep Nasihat Adam Corrie
Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dgn syariat.
Jangan biarkan ia suram. .
Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang .
#adamcorrie #adamfatehlee

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI