Daun pandan bukan sahaja berfungsi untuk mewangikan, malah ia juga mampu menyegarkan tubuh badan.
Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber: Petua Ibu & Sinar.fm
Suami Hebat, Pasti Ada Isteri Yang Hebat Di Sisinya!
Pemahaman tentang erti hidup yang berkat dalam membina keluarga bersama pasangan, mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan.
Walau sedang suami diuji dengan kesesakan hidup, namun isteri yang hebat tetap teguh dibelakang suami memberi semangat.
Ini sebagai mana yang diceritakan oleh Encik Khairul Hakimi dan ayuh kita cedok inti pati perkongsian bermanfaat tersebut.
Baru-baru ini selepas kelas, saya nak balik sangat, kemudian ditahan oleh salah seorang dari peserta yang nak sangat ucap begitu begini kepada saya. Saya layankan sahaja kerana beliau nampak teruja sangat.
Kontrak tidak disambung
Kisahnya, suami beliau diberhentikan kerja kerana kontraknya sudah tidak disambung selepas 3 tahun bekerja. Notis yang diterima kurang 3 minggu menyebabkan suaminya itu jadi terpinga-pinga nak cari kerja di mana. Umur sudah lebih 40 tahun dan sukarnya nak cari kerja yang sesuai.
Minta sana sini semuanya tak berjawab dan akhirnya duduklah di rumah dari seminggu akhirnya jadi sebulan. Oleh kerana tak tahan, si isteri (peserta kelas saya tadi) memujuk beliau untuk ambil sahaja pekerjaan yang ada.
Lalu si suami yang dah biasa tunjuk itu ini di Facebook, akhirnya pergi ke stesen minyak terdekat dan memohon untuk kerja sahaja di sana. Gajinya sangat-sangat rendah namun itu tetap membantu keluarga beliau.
Beliau layan suaminya sama sahaja dengan sebelumnya. Cuma, ada kala suaminya kena kerja hingga 12.00 tengah malam, dan beliau terpaksa menanti takut-takut si suami memerlukan air panas minum dan sebagainya.
Berkata sabar
Kata si isteri ini, berkat dia sabar lebih 6 bulan, tak merungut duit tak cukup, tak juga bising suami kerja teruk, gaji kecil dan terus sahaja berbakti untuk keluarga, akhirnya si suami dapat naik jadi akauntan di stesen tersebut. Disayangi dan kini gajinya lebih kurang sama dengan nilai yang dia diberhentikan dulu.
Saya tanya beliau kenapa beliau cerita kepada saya, kata beliau “saya duk teringat tuan tulis di wall tuan pasal berkat. Jadi saya nak ucap sangat terima kasih ke tuan. Sungguhlah, berkat itu macam makhluk. Jika kita reda, kita buat dan usaha, walau kecil, nanti-nanti Allah akan ganti. Seolah-olah makhluk berkat ini naik ke langit dan beritahu Allah yang kita ini dah cuba jadi yang terbaik walau banyaknya kesusahan melanda.
Terus berusaha
Saya ingat lagi masa mak ayah datang rumah, juga mak ayah mentua. Semuanya cakap suruh suami saya cari kerja lain, namun kami berdua tak pernah jawab. Kami angguk sahaja. Kami tahu dah puas kami cakap yang kami duk usaha tapi tak dapat, namun nak beri mak ayah faham, susah. Mereka mesti ingat kami belum berusaha lagi.
Sama juga jiran duk cakap suami saya dah macam Bangla. Kulit dari cerah jadi hitam duk layan kadang-kadang tengah panas pegang sepanduk suruh orang masuk ke stesen minyaknya. Saya diamkan juga. Dulu kereta semua kena Tarik. Hari ini kami beli dah Proton Baru. Yang Suv tu, leganya Tuan. Alhamdulillah. Syukur sangat saya.”
Saya lihat dia duk kesat-kesat matanya. Nampak bergenang dan puas betul beliau bercerita.
Terus berdoa
Yang penting ialah berusaha. Kemudian, yang keliling kena faham, bantu, dorong dan tolong mana yang mampu. Yang tidak, kena berusaha juga diam dan berdoa bukannya membising kritik dan kutuk tanpa bantu sikit pun.
Kita ini sering sahaja melihat kesusahan orang, namun kita bantai tuduh dia malas dan sebagainya. Kita tak tahu cerita di belakang itu bagaimana. Saya puji dan kagum keluarga yang begini. Orang yang dah merasa kena hina kerja kilang, kemudian ditolak-tolak ke sana kemari dengan gaji kecil, tak mampu itu ini, memahami benar kisah ini, lebih lagi apabila saat Allah berikan ganjaran, hadiah dan kesenangan dengan bergaya.
Hidup berkat
Ianya seperti sebuah proses yang dinantikan sangat. Dulunya nak beli ubat anak pun kena marah apabila nak pinjam duit orang keliling, tiba-tiba hari ini kita bantu pula anak dia yang sedang kesusahan. Itulah keseronokan kita bermain dengan perkataan berkat.
Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja. Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang.
Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad.
Bila Bergelar Bapa, Ini Pengorbanan Yang Kena Buat Untuk Keluarga Terutama Anak Tersayang. Kagum!
Peranan ayah dalam keluarga termasuk menjadi ketua keluarga, menyara, membangun kehidupan keluarga dan menjadi contoh tauladan kepada anak.
Jika dulu hidup bujang semua untuk diri sendiri. Bila dah berkahwin semua fokus kepada keluarga.
Begitulah sebagaimana perkongsian ini. Kagum peranan seorang ayah.
Bila dah jadi bapak ni banyak benda kena korbankan. Dulu lain, sekarang lain.
Bila dah jadi ayah
Dulu balik rumah memang heaven. Mandi, makan, lepak dan tidur. Sekarang kadang-kadang mandi pun tak sempat, tahu tahu tertidur je.
Banyak kerja dulu boleh sambung kerja kat rumah. Sekarang jangan harap la, baru nak on laptop anak dah datang panjat belakang.
Dah tak boleh lagi duk ralit dengan telefon setiap masa. Walaupun untuk tujuan kerja sebab anak-anak duk perhati je.
Dulu dapat la layanan bak raja di rumah. Makan berhidang, tidur pun selalu ditidurkan bidadari. Huh! Sekarang tidur anak kat ketiak, nak bergolek pun tak lepas.
Kadang plan nak keluar jalan-jalan nak escape dari kesibukan tapi rupanya makin sibuk adalah. Di ajaknya berlari ke sana sini oleh anak-anak.
Banyak juga la hajat nak beli sesuatu tu kena KIV ( keep in view ), duit ada tapi utamakan dulu keperluan anak-anak membesar.
Gituh la, gelaran bapak ni memang boleh mengubah setiap individu. Ubah ke tahap lebih tinggi. InsyaAllah.
Tapi sebanyak mana pun bapak ni berkorban saya percaya masih lagi tak setanding dengan pengorbanan ibu.
Sesungguhnya tiada yang dapat bersaing dengan ibu ibu yang rela berkorban jiwa dan raga demi anak-anak.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ikan Goreng Dimasak Sempurna, Ada Tipsnya Boleh Follow!
Menikmati keenakan rasa ikan yang digoreng garing apabila dimakan bersama nasi dan sambal belacan sudah cukup membuatkan seisi keluarga makan berselera.
Pun begitu, mengetahui detail tentang tips menyediakan gorengan yang sempurna, di sini dikongsikan petuanya.
Tips ikan goreng garing krup krap
Ehhh, jangan pandang sebelah mata pada ikan goreng tau. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak tu. Nak kena ada skill yang power baru menjadi.
Dan as surirumah, kita wajib hokeh ada skill ni. So here we go. Ikan goreng rangup sampai malam. Gittew
1. Panaskan minyak yang banyak.
2. Masukkan bawang merah dengan kulit atau asam keping tujuan supaya ikan tak melekat di kuali. Setelah bawang separuh masak barulah dimasukkan ikan.
3. Kuatkan api di permulaan supaya kulit ikan menjadi garing, kemudian baru diperlahankan sedikit sehingga ikan masak.
4. Jangan cuba nak balik balikkan ikan selagi ianya belum garing.
5. Setelah bahagian ikan yang terendam garing, atau tiada lagi bunyi mendesah (ssshhh) baru boleh dibalikkan.
6. Kalau gunakan kuali kecil, goreng ikan satu persatu sebab nak balikkan ikan tu perlukan ruang.
7. Tanda-tanda ikan dah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak.
8. Tos sehingga kering dengan menggunakan tisu dapur.
9. Jangan ditindih ikan ketika ikan masih panas supaya ikan dapat ditos dengan sempurna.
Sumber : Resipi Viral Sedap