Apabila bercucuk tanam sudah pastinya kita inginkan hasil pokok yang banyak seperti berbuah lebat.
Salah satu petua menarik adalah mengunakan minuman tenaga iairu Redbull untuk suburkan pokok.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini. Dengan gabungan minuman redbull dan belacan mampu jadi penggalak tanam.
Rupanya minuman pemberi tenaga juga antara yang boleh digunakan bagi memastikan pokok berbuah.
Ikuti lanjut cara Hj Che Ahamad Daun yang mempraktikkannya pada pokok terung yang ditanam menjadi lebih lebat.
Bacaan lanjut: Begini Cara Kumpul RM200 Dalam Masa 20 Hari, Teknik ‘Old Skool’ Tapi Berkesan.
Hanya guna red bull dan belacan, pokok makin lebat
Bancuh Red Bull campur Belacan. Satu pokok satu sudu. Alhamdulillau. Mula berbuah lebat. Boleh cuba ya
1. Campurkan 100 gm belacan bersama dengan satu botol Red Bull.
2. Bancuh dua bahan ini, boleh juga tambah setengah cawan air.
3. Tak perlu peram boleh terus letakkan satu sudu kecil di pangkal pokok. Kemudian siram
4. Letak sebulan dua kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Hj Che Ahamad Daud
Sakit Mata Lihat Kesan Hangus Pada Seterika. Hilangkan Sepantas Kilat Dengan Cara Ini, Mudah!
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
“Beli Je Bila Nampak Kakak Ni Jual,” Wanita Ni Gigih Berniaga Demi ‘Sesuap Nasi’, Warganet Titip Doa!
Jika kita singgah ke pasar-pasar i kampung, pasti akan kelihatan makcik atau pakcik yang meniaga sayur dekat pasar tanpa mengguna meja dan hanya beralaskan kain di tapak meniaga.
Itu adalah pemandangan biasa terutama pada orang kampung yang menjual hasil kebun demi sesuap nasi. Mungkin ada yang tak sampai hati melihat orang tua yang sudah berusia tetapi masih mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, tetapi mereka tiada pilihan lain demi mencari rezeki halal buat keluarga.
Namun, apabila melibatkan mereka berjualan sebegini membuatkan hati rasa sayu dan sebak. Demikian perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Hanapiah Hanapi yang memuat naik dua keping gambar seorang wanita berjualan di pasar.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi group Group Gabungan Anak Terengganu mengenai ketabahan wanita ini meniaga mencari rezeki walaupun keadaan serba kekurangan.
“Sesiapa yang sentiasa ke pasar pagi Sabtu di pekan Manir, bila ternampak kakak ini jual apa-apapun, beli je. Tak payah banyak tanya, Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk semua peniaga pasar Manir.”
Perkongsian ternyata mendapat reaksi ramai yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan kagum dengan kegigihan wanita tersebut.
Emeszamri Sidik semoga Allah permudahkan segala urusan kakak ini..Aamiin
Khairi Tahar Ya, beli je. Tny org2 situ ye kabo da duk sorg tu. Sian sungguh. Beli x pyh ambil balance pun ok. Jual tu utk cr singgit samah wat blanje seminggu
Amin Joq semoga dipermudahkan dan rezki sentiasa berlimpah ruah mengalir sesama kita..insyaallah.
FbiMtb Okgo semoga d permudahkan segala urusan n d murah kan rezeki kakak ni..Aamiinnn
Bertahun-tahun Hidap Kencing Manis, Jangan Sampai Kaki Bertompok. Itu Petanda Serius, Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham!
Bila ada sejarah dalam keluarga mengidap penyakit kencing manis, ada baiknya sesiapa pun lebih berwaspada dalam penjagaan kesihatan. Jangan tunggu hingga kaki terlihat bertompok-tompok hitam. Itu semua petanda serius!
Memahami maksud disebalik timbulnya kesan tompokok tersebut, Doktor ini jelaskan dengan detail.
Pengidap Kulit Klaros, Tolong Baca Pesanan ini!
Jika anda pesakit Kencing Manis, janganlah tunggu kaki jadi klaros seperti ni. Tompok-tompok hitam seumpama kulit ubi stelo (keledek) yang rosak adalah akibat dari Kencing Manis yang tidak terkawal. Klaros adalah dialek Kelantan yang paling tepat diberikan terhadap perubahan warna kulit itu.
Apa yang berlaku adalah, sel-sel melanin yang membina kecerahan kulit mereput dek kerana tindakbalas gula yang tinggi.
Selain dari sel-sel melanin, sel-sel saraf kulit juga terlibat. Dalam masa yang sama, akibat dari komplikasi kerosakan buah pinggang, hemosiderin yang sepatutnya dikumuhkan dari badan akan turut berkumpul di lapisan kulit. Warna Klaros akan semakin jelas kelihatan.
Pesakit Kencing Manis manis akan kelihatan tidak cantik akibat fenomena ini. Mereka akan cuba pelbagai cara untuk melindungi kulit kaki dari dipandang awek. Namun tidak akan berhasil kecuali mencegahnya sedari awal.
Kajian mendapati, kulit Klaros (Diabetic Dermopathy) adalah manifestasi kepada komplikasi Kencing Manis yang teruk.
Jika kulit sudah jadi klaros, menunjukkan bahawa pesakit tersebut sudah pun mempunyai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf dan kerosakan urat mata. Lebih menyedihkan kajian mendapati separuh dari mereka (53%) boleh dikesan mempunyai sakit jantung! Menggerunkan..
Semua komplikasi ini berlaku secara senyap. Mengambil masa bertahun tanpa disedari akibat dari kedegilan pesakit.
Justeru, bertindaklah dengan segera sebelum terlambat. Dengarlah nasihat dari doktor yang ahli apabila anda menghidap penyakit kencing manis. Ambil ubat, jaga pemakanan dan kekal gaya hidup sihat adalah kunci utama.
Jangan mudah cair bila penjual produk sampah mula memujuk anda walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pejuang kesihatan sekalipun.
Kami yang berada dibidang perubatan ini tidaklah terlalu ego menggelarkan diri sebagai ahli pun. Tetapi setidak-tidaknya boleh memberi pilihan konsultasi kepada anda untuk menuju taraf kesihatan yang lebih baik bersandarkan kepada bukti-bukti kajian seluruh dunia. Bukannya testimoni sendiri yang syok sendiri melalui testimoni para agen yang ingin meningkatkan jualan!
Sekian infosihat dari suhazeli.com
Sumber : Dr Suhazeli Abdullah