Spaghetti adalah antara menu yang menjadi pilihan keluarga terutama anak-anak. Memang menjadi pembuka selera buat anak-anak. Oleh itu, ia menjadi hidangan popular di kalanga seisi keluarga.

Malah tidak mustahil, ada yang sanggup membeli pes untuk membuatnya di rumah. Namun, kadang kala, sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan keluarga, kadang kala, terdedah dengan bahan pengawet tidak digalakan.

Bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos spaghetti di rumah.

Walaupun banyak step yang kena buat, tetapi berbaloi, kena sosnya boleh tahan sehingga 6 bulan jika di simpan di peti beku. Jom ikuti perkongsian ini oleh puan Dahlia Kamaruza di halaman Masak Apa Hari Ini.

Homemade pasta sauce. Gigih hakak kau pulun demi anak-anak si peminat tegar pasta. Seminggu mesti 2-3 kali makan pasta. Asik nak beli je sosnya. Bengkok mummy. Zaman2 ni kena pandai jimat2. Tambah anak berderet kan.

Jadik lah. Dari 10kg tomato. Dapatlah 3 bekas besar 1 bekas kecik. Boleh lah makan pasta hari2 gini.

RUPANYA INI CARANYA. 

BAHAN-BAHAN

Tomato 10kg
Bawang holand 4 biji (dadu)
Bawang putih 2 labu (tumbuk)
Capsicum merah 4 biji
Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup

CARA PENYEDIAAN

Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.

Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Nak bagi dia cool down.
Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.Blend biji dan kulit. Ambil air je.
Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh. 
Jadi lah macam ni. Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Tak payah letak air. Sebab nanti air dari tomato tu keluar.
Biji dengan kulit tu jangan buang pulak. Blender dan tapis ambil jusnya. Jus pada biji tu yang sedap. Sebab dia manis.Tak payah tambah air pun masa blend. Sebab akan keluar air.
Ini lah hampas hasil dari blend kulit dan biji tu….kenapa buang. Sebab nak sos yang halus…. Kalau tak buang biji dan kulit tu tak hancur bila masak… Tak sedap lah sosnya

 

Kemudian, capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus… Lepas tu lalukan bawah air paip.. Buang kulit dan biji dia. Blend. Campurkan dengan sos tomato.

 

Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Hakak pakai hand blender je. Senang. Blend sekali jalan je.

Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend. Taknak blend pun takpe. Boleh add on terus dalam sos.
Tapi anak2 mummy nanti tak makan. Dia pilih2.  So mummy blend halus je terus. Transfer dalam kuali dan masak hingga kering.

 

Yang ni hasil selepas di masak hingga kering betul. Nak tahu kering betul ke tak.Masak sampai sos dia lompat2. Kalau melompat ke dinding. Lantai tu. Kering dah la. Lepas blend semua tu campur balik semua dalam kuali.Buka api then masak je sampai kering. Boleh add on herbs masa ni. Sweet basil tu local punya. Tanam sendiri.Sedap. Wangi. Tapi dia taklah kuat sangat baunya. Bila campur dalam sos tu memang sedap sangat.Rasa dah sama macam sos dalam botol tu tau. Lagi sedap dan pekat.

Add on serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api. Dan biar cool down baru masuk bekas dan simpan.

Sos tomato ini tahan selama 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk bahagian Chiller. Bahagian peti beku pula sehingga 6 bulan. Sos ni pekat tau. Tak macam dalam tin tu. Ni macam paste. Boleh buat sos untuk pizza, lasagna, bake macaroni. Macam2 lah.. Simpan freezer… Tahan lama tau. Kena simpan freezer sebab tak ada bahan pengawet.
Menariknya perkongsiannya ni. Boleh cuba resipi ni. Yang paling penting tiada bahan pengawet!