Jika ada yang teringin nak makan menu asam pedas apa cuba resipi yang dikongsi ni. Cuba masak di rumah. Tentu rasanya lebih fresh bila di masak di rumah.

Ikuti perkongsian oleh Mohamad Arymin mengenai resipinya.

Rupanya Nak Buat Asam Pedas Sedap Ada Petuanya. Ikuti Cara Ni.

ASAM PEDAS Untuk Bakal Mak Mertua

Masa balik cuti tempoh hari, tekak ni terasa mengidam nak makan Asam Pedas.Lagipun dah lama rasanya Abam tak test skill memasak ni.Tahun depan dah nak jadi suami orang.Walaupun belum jumpa calon tapi Kenalah praktis kan…hehehe.

Jadi dengan pantas Abam ke supermarket membeli bahan-bahan.Benda kalau dah mengidam ni kena lah buat cepat-cepat, kang kempunan nanti, semua kerja pun tak jalan kan?

Nak masak Asam Pedas ni simple dan mudah je.Tak tahu resepi, boleh Google.Tak tahu cara masak, boleh tengok Youtube.Haaa…takde alasan lain kecuali malas.Kalau dah malas apapun tak jadi la.

Okay, dekat sini Abam ada share resepi.Boleh cuba kalau berminat.Ini style Abam, belajar dari Sifu dulu.

IKLAN

Bahan-Bahan

– 1kg Ikan Pari
– 3 genggam Cili Kering, Gunting dan rebus bagi lembut.
– 8 biji bawang merah
– 4 biji bawang putih
– Kunyit Hidup, sebesar ibu jari.
– 3 batang serai, diracik halus
– 1 cm lengkuas, dihiris halus
– 1/4 paket Asam Jawa, bancuh dengan air.
– 2 sudu Blackpepper, ditumbuk kasar
– 4 biji tomato, dibelah 4
– Daun Kesum
– Minyak secukupnya untuk menumis
– Garam dan seasoning Maggi cukup Rasa.

*** Boleh tambah Terung dan juga Bendi. Abam lupa beli haritu, jadi guna mana ada je lah.

Rupanya Nak Buat Asam Pedas Sedap Ada Petuanya. Ikuti Cara Ni. Rupanya Nak Buat Asam Pedas Sedap Ada Petuanya. Ikuti Cara Ni. Rupanya Nak Buat Asam Pedas Sedap Ada Petuanya. Ikuti Cara Ni. Rupanya Nak Buat Asam Pedas Sedap Ada Petuanya. Ikuti Cara Ni.

Caranya:-

IKLAN

1) Blend Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Kunyit, Serai, dan juga Lengkuas.

2) Masukkan Minyak, tumis bahan blend tadi sampai garing dan naik minyak.

3) Masukkan Air asam jawa.Biarkan mendidih.

4) Masukkan Ikan.

IKLAN

5) Masukkan Daun Kesum, tomato dan blackpepper.

6) Perasakan dengan garam dan Maggi Cukup Rasa.

7) Dah siapppp!

Jom, ajak Mak awak makan sekali…hahaha.

Silakan #Like dan #Share jika bermanfaat.

#AbamJambang

Kredit: Mohamad Arymin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI