Memasak makanan adalah rutin harian wajib bagi kita semua. Sudah tentu kita memerlukan ruang dapur selesa dan perkakasan untuk memasak hidang buat ahli keluarga. Dalam pada kita memastikan menu yang disedikan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, jangan culas mengenai perkakasan yang selamat digunakan.

Selain faktor kebersihan dapur, perkakasan yang selamat digunakan amat penting supaya masakan kita tidak mengandungi bahan kimia yang bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menerusi perkongsian seorang Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim, menerusi group Makmal Makanan (MaMa), penggunaan senduk berwarna hitam boleh membahayakan kesihatan apabila digunakan suhu yang tinggi. Beliau menasihati penggunaan senduk jenis kayu lebih selamat digunakan. 

IKUTI PERKONGSIAN INI.

BAHAYA SENDUK WARNA HITAM
Merujuk kepada ss di bawah, biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula. Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.

Salah Pilih Senduk Masakan Jejas Kesihatan. Pakar Kimia Ini Jelaskan Sebab. Kena Alert!

IKLAN

Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Maka ELAKKAN penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang hampir mendidih.

Sebagai alternatif, boleh gantikan dengan senduk yang lebih selamat yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik. Bergantung kepada kombinasi bahan binaan, senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak.

PENGGUNAAN SENDUK KAYU

IKLAN

Rentetan daripada perkongsian senduk berwarna hitam, ada yang bertanya berkenaan risiko dalam menggunakan senduk kayu yang berkilat (gambar di bawah).

Salah Pilih Senduk Masakan Jejas Kesihatan. Pakar Kimia Ini Jelaskan Sebab. Kena Alert!

Benar, suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu. Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan.

IKLAN

Selain daripada rupa yang cantik, tujuan selaput berkilat ini adalah untuk membuatkan senduk kayu ini kalis air dan tidak mudah calar. Antara bahan selamat yang digunakan kini ialah minyak (mineral, Tung, Linseed, walnut), selaput sintetik (shellac, Polyurethane) dan lilin (beeswax, carnauba).

Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk, namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan.

Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini. Walaupun sedikit mahal, beli lah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti.

Sumber: Fatimah Salim to Makmal Makanan (MaMa).

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI