Siapa suka rasa pedas-pedas manis sambal kacang? Pasti bila melihat menu ini dikongsikan di media sosial sudah ada yang kecur liur untuk menjamahnya.

Rasanya pedas-pedas manis dan kacangnya rangup dikunyah, memang leka memakannya. Tahu-tahu sebalang habis dimakan tanpa sedar.

Jadi apa kata, pelajari resipi dan cara penyediaannya sepertimana yang dikongsi oleh Ainn Mustafar. Jom semak.

IKLAN

Sambal Kacang Ikan Bilis. Rangup & Cantik Warnanya Bila Buat Begini!

Sambal kacang ikan bilis

IKLAN

Resipi
500gram kacang (goreng garing)
100gram ikan bilis (goreng garing)

Blend halus
Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2

IKLAN

Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.

‎sumber : Ainn Mustafar‎ via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI