Kadang kita rasa kurang’ walaupun hidup dengan serba lengkap, tapi sebenarnya ada yang sangat inginkan apa yang kita ada berbanding hidup sebenar mereka.

Baru-baru ini tular satu video dimana wanita  luluh hatinya apabila melihat adik-adik yang perlu mencari rezeki demi sesuap nasi. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Begitulah juga dengan dua kanak-kanak lelaki yang dilihat sedang berniaga kuih-muih di hadapan sebuah pasar raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik TikTok fnabihaa, yang ketika itu baru sahaja selesai membeli waffle tiba-tiba ternampak dua beradik yang sedang menjual kuih.

“Dalam bakul kuih ada banyak lagi, tapi jam dah pukul 9:30” tulis Nabiha yang luluh hatinya melihat mereka berdua duduk bersila di atas lantai sambil menunggu pelanggan.

Menurut Nabiha, dia telah memberikan wang RM5 kepada dua beradik ini. Namun, semasa dia sedang menunggu makanan di Food Court, dia tidak sampai hati melihat mereka berdua. Nabila kemudiannya berpatah balik dan mengajak mereka untuk makan bersamanya.

IKLAN

“Kitaorang nak kena habiskan dulu kuih ni baru boleh makan..” Mereka menolak pelawaan Nabiha secara baik.

Nabiha terus bertanya tentang bilangan kuih yang tinggal kerana dia berhasrat untuk memborong semua kuih mereka. Dia kemudiannya menunggu dua beradik itu mengira baki kuih sebelum membayarnya.

Tanpa berfikir panjang, Nabiha terus menghulurkan dua keping wang kertas berjumlah RM 200 kepada mereka.

“Betulke ni 200 ?” Tangan salah seorang dari mereka terketar-ketar menerima duit tersebut dan bakinya untuk bayar grab mereka balik nanti. Apa yang lebih menyedihkan, mereka hanya ingin makan makanan yang murah-murah sahaja.

IKLAN

Nabiha terus mengajak mereka makan di Food Court dan mereka kelihatan sangat gembira kerana kuih yang dibuat ibu mereka telah habis.

@fnabihaa Korang kalau jumpa adik ni tolong la dia tau 🥺 walaupun tak mampu beli banyak, atlest huluran sedikit pun takpa 🥺 sedih sangat tak tahu kenapa. Allah hadirkan adik ni mesti ada sebab 🥺 #lotuscheras #lotuscherastamanmidah #kuih #fyp ♬ Menghitung Hari – Jaya Suprana

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan wanita tersebut kerana membantu adik-adik tersebut. Malah, ada yang menganggap wanita tersebut merekod video bukan kerana menunjuk tapi untuk dijadikan contoh kepada orang lain.

Naik Grab Ke Lotus Jual Kuih, Tak Boleh Makan Selagi Tak Habis!  Wanita Bantu Adik-Adik Ni Raih Pujian.

IKLAN

Naik Grab Ke Lotus Jual Kuih, Tak Boleh Makan Selagi Tak Habis!  Wanita Bantu Adik-Adik Ni Raih Pujian.

Sumber : Instagram @fnabihaa

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI