Ragam kita sebagai ibu dan ayah dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak, memang pelbagai. Kita mahu jadi ibu ayah yang terbaik, macam-macam kita lakukan!

Pun begitu perkongsian daripada seorang guru dan juga bapa ini harus diambil perhatian. Agar tanggungjawab nan satu ini tidak dilupakan.


Kalau sayangkan anak

Kita punya la nak anak jadi pandai. Tuisyen harga RM 250 satu matapelajaran pun ada yang sanggup bayar lagi. Itu baru satu matapelajaran. Kalau 8? Kau kira la sendiri.

Makan pakai kita nak yang terbaik. Risau makan kat tepi jalan anak kita senang jatuh sakit. Risau pakaian murah-murah kulit anak kita gatal-gatal. Nanti berkudis. Nanti tinggal parut. Macamana dia nak masuk pertandingan ratu cantik besar nanti kalau ada parut kurap kat pusat?

Soal kesihatan tu, jaga macam anak raja. Sanggup keluar modal beratus-ratus setiap bulan bayar pakej insurans paling mahal. Kalau sakit, nanti senang. Bawa je ke hospital swasta paling hebat dan mahal. Apa susah?

Bawak anak mandi kolam, punya la sayang. Dipakaikan pelampung penuh badan. Kat lengan saja dah 8, kat kaki 6, kat pinggang ada 3. Dah macam kapal perang dah anak kau. Punya la takut dia tenggelam.

Kalau dia baru belajar naik basikal lagi lah. Pad keselamatan penuh tubuh. Siap pakaikan anak baju kalis peluru la. Nanti jatuh tak luka. Dia tak sakit sangat. Silap-silap ada yang upah bangla berlari iringi anak lagi. Asal nak jatuh suruh bangla pegang.

IKLAN

Tak apalah. Tak apalah nak sediakan yang terbaik untuk anak kita. Dah kau mampu, dah poket kau tebal. Silakanlah. Aku tak halang. Marah jauh sekali. Cuma kalau melampau sangat tu, aku muntah je la. Meluat.

Tapi sayang. Tapi sayang kita lupa satu perkara. Satu perkara penting buat anak kita. Ya, perkara paling penting kita lupa didik mereka.

Kita lupa ajar mereka mendoakan kita!

Sayangkan Anak, Jangan Lupa Ajarkan Berdoa!

IKLAN

Jangan berharap pada ustaz dan ustazah dia nak ajar. Itu anak siapa? Anak kau kan?

Jangan fikir dia masih kecil, tunggu dia besar baru nak ajar. Yang kecil itu senang diasuh. Paling penting, apa kau yakin kau masih ada nafas di dada bila anak kau besar nanti?

Nah, hayatilah hadis ini.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya,
“Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata, Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya semua ini untukku?”.

IKLAN

Maka dijawab, “Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah & Baihaqi)

Kau masih ada mak ayah? Doakan mereka.

Kau dah tak ada mak ayah? Doakan mereka.

Kau ada anak? Ajar mereka mendoakan kau dan datuk nenek mereka. Ajarlah!

Hidup kita bukan sekadar di dunia semata-mata. Kalau benar kita sayangkan anak, ajar mereka berdoa.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI