Perkongsian wanita ini yang rajin bercucuk tanam dilaman kediamannya menjadikan dirinya cukup disenangi oleh jiran-jirannya.

Malah disebabkan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran juga menjadikan laman rumahnya diberi jolokan nama sebagai Cameron highland 2 oleh jiran tetangga.

Sebab Berkebun Kobis, Jiran-jiran Namakan Sebagai Cameron Highland 2. Ni Kisahnya!

Jom kita baca perkongsian menarik ini.

First time saya try tanam kobis ni saya saja-saja beli benih di pasaraya sebab tak pernah tengok orang tanam kobis di tanah rendah expecially kawasan panas. Tak silap saya masa tu tahun 2014.

Bila saya tanam ramai yang terkejut..jiran-jiran panggil kebun yang saya usahakan tu sebagai cameron highland no.2..hihihi ..sebab macam-macam sayur ada.

Sebab Berkebun Kobis, Jiran-jiran Namakan Sebagai Cameron Highland 2. Ni Kisahnya!

IKLAN

Jiran-jiran kata tangan saya sejuk…sebenarnya bagi saya bukan tangan sejuk tapi kita berani mencuba dan bagi saya menanam ni kena try and error..lama-lama kita akan belajar dari pengalaman.

Antara sayur yang saya tanam seperti kangkung, bayam, bendi, lobak merah, cili dan macam-macam lagilah.

Sebab Berkebun Kobis, Jiran-jiran Namakan Sebagai Cameron Highland 2. Ni Kisahnya! Sebab Berkebun Kobis, Jiran-jiran Namakan Sebagai Cameron Highland 2. Ni Kisahnya!

Bercerita tentang tanaman kobis, dari semaian hingga tuai hasil akan mengambil masa 3 bulan.

IKLAN

 

Penjagaannya juga cukup mudah, lepas semaian, anak pokok dipindahkan ke tapak tanaman. Rutin harian penjagaannya cuma siram sahaja, baja pula perlu diletak seminggu sekali.

Ni semai benih kobis cara saya :

Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh..then letak kan benih kobis..lepas tu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar…siram dah biarkan hingga benih bercambah..biasanya hari ke 5 dah kuar cambah benih.

IKLAN

Saya buat semua ni sebagai hobi sahaja dan untuk mengisi masa lapang.

Selain itu, bagi saya pokok kobis ini cantik bila dia membesar dan boleh djadikan lanskap selain dari sejenis sayuran.

Sebab Berkebun Kobis, Jiran-jiran Namakan Sebagai Cameron Highland 2. Ni Kisahnya!

Saya juga ada tanam pokok bunga  sekadar sampingan mencantikkan laman kebun sayur saya. Tu semua saya buat sendiri, suami cuma bagi sokongan moral.

Sumber : Rose Eima

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI