Anak ibarat kain putih, kitalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Justeru, dalam mendidik anak-anak kena bermula dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kerana itu sedari kecil anak-anak sudah perlu didik dengan nilai-nilai murni. Jika sudah terlambat akan menjadi susah untuk membentuk sahsiah dan peribadi anak tersebut. Ibu bapa perlu sedar tentang ini dan mulakan langkah awal pembentukan sahsiah anak anak sejak kecil.
Wanita ini Syahirah Omar berkongsi pandangan dan tip bagaimana nak tanamkan empati dalam diri anak. Mungkin kita semua boleh praktikkan pada anak anak, InsyaAllah.
BAGAIMANA UNTUK TANAMKAN RASA EMPATI DALAM DIRI ANAK?
” Mama, biar saya tolong angkat ni,”
” Mama, biar saya tolong jagakan Mayraa, mama pergi mandi,”
” Mama, awak ok ke mama? Biar saya picit kepala mama,”
Ini anak aku yang kedua,
Namanya, Muhammad Luqmanul Hakim.
Umurnya 9 tahun.
Subhanallah, anak aku yang sorang ni jarang aku bercerita di facebook. Anak yang sangat matang dari usia. Anak yang sangat sensitif tetapi paling tinggi empati dalam dirinya.
Seorang yang sangat bertanggungjawab. Dari kecil kami struggle bersama. Waktu Lana tantrum, dia hanya perhatikan dari satu sudut mama cuba tenangkan Lana. Aku ingat lagi waktu dia dia baru berusia 2 tahun.
Dari dia kecil, bila aku menangis terlalu penat diuji, dia akan peluk ajak istighfar bersama.
” Don’t cry mama, Allah ada,”
Bila aku terlambat ambil dia di sekolah, dia menangis risaukan aku kalau ada yang tak kena jadi pada mama.
Aku rasa, waktu kita kecil, kita sendiri tak tahu empati tu apa kan? Aku sendiri mangsa buli di sekolah. Aku sendiri dikutuk dihina kerana rupa paras yang buruk bagi mereka.
Hmmmmm?
Baiklah,
Pengalaman aku cuma baru 11 tahun menjadi ibu, tetapi aku rasa nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak tanamkan empati dalam diri anak. Mungkin kita semua boleh praktikkan pada anak anak, InsyaAllah.
#1 IBU AYAH CONTOH TERBAIK
Sebagai Ayah sendiri perlu tunjuk akhlak yang baik pada keluarga. Jangan dengan kawan-kawan saja nampak baik, mulakan dari rumah. Contohilah sifat Rasulallah S.A.W.
Mulakan dengan suami. Tunjukkan akhlak yang baik sebagai suami. Jika ada sebarang salah faham, selesaikan dengan baik bukannya bergaduh di hadapan anak-anak.
Sentiasa puji isteri, bantu isteri menguruskan rumahtangga.
Sama juga dengan Isteri. Kita juga perlu buat perkara yang sama. Jika mahu anak belajar sesuatu yang baik, kitalah yang perlu mulakan terlebih dahulu.
“Your children will follow your example, not only your advice.”
#2 IBU AYAH, JADILAH PENDENGAR YANG BAIK PADA ANAK ANAK.
Ibu ayah ,
“When talking or listening to your little one, kneel or squat down to his eye level,”
Kenali emosi anak-anak. Jika emosi anak sedang bersedih, tanyakan pada anak, kenapa dia sedang bersedih. Dengan memahami emosi anak, anak lebih tahu menguruskan emosi dengan betul. Jangan biarkan anak drag emosi marah atau sedih dalam tempoh yang lama. Mereka akan menjadi seorang yang pendendam.
Jika anak sedang bercakap, ketepikan kerja ibu ayah yang tak berhabis tu sebentar, pandanglah tepat pada anak.
” Macamana sekolah harini? Abang makan apa harini di sekolah waktu rehat tadi?”
Mulakan perbualan. Tanya bagaimana hari mereka di sekolah.
Perasan tak,
Sebab itu banyak rumahtangga pada hari ini agak struggle nak memahami perasaan pasangan kan? sampai bercerai berai pun ada!
Zaman kita dahulu cara dibesarkan lain kan? Pandai pandai la kita jaga emosi kita sendiri ramai lagi adik beradik lain mak ayah nak kena tengok. Jadi, kitalah perlu ubah generasi sekarang supaya tidak buat kesilapan yang sama.
“Empathy is seeing with the eyes of another, listening with the ears of another and feeling with the heart of another.”
#3 SENTIASA BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR PADA ALLAH.
Lazimkan anak untuk belajar berterima kasih atas setiap apa kebaikan orang lain padanya.
Bila sesama manusia pun anak mudah untuk melafazkan rasa terima kasih, InsyaAllah anak tadi akan membesar dengan penuh rasa Syukur pada Allah.
Apabila anak melakukan sesuatu kebaikan, pujilah mereka( jangan berlebihan) dan ucapkanlah terima kasih atas usaha mereka. InsyaAllah mereka akan belajar menghargai effort orang lain.
#4 SENTIASA MINTA MAAF JIKA MELAKUKAN KESALAHAN.
Ajarkan anak untuk meminta maaf setiap kali melakukan kesalahan. Jika meminta maaf pada manusia sangat mudah InsyaAllah dengan Allah sentiasa rasa diri penuh dosa dan mudah untuk bertaubat atas apa saja kesalahan yang dilakukan.
Banyak rumahtangga yang musnah hanya kerana ego. tidak mahu maafkan pasangan, tidak menghargai effort pasangan, dan sentiasa rasa diri sendiri saja yang betul kan?
#5 SENTIASA BANTU DAN MENDOAKAN ORANG DI DALAM KESUSAHAN.
Antara yang paling mudah, bawa anak-anak untuk edarkan mineral water kepada pakcik pakcik yang sedang sapu sampah di tepi jalan, orang yang bekerja kutip sampah, dan beri pada siapa saja yang memerlukan. Beritahu kepada anak,
“Pakcik tadi bekerja untuk menyara keluarga, walaupun dibawah panas terik hanya untuk mendapatkan sesuap nasi.Kita bantu hilangkan rasa dahaga pakcik tadi. Allah beri rezeki banyak pada kita, jadi kongsilah dengan pakcik tadi.Allah suka tau kalau kita bantu orang lain yang dalam kesusahan,”
Bila nampak orang susah atau diuji, ajaklah mereka berdoa untuk memudahkan urusan orang lain.
#6 BERI ANAK RASA TANGGUNGJAWAB
Bahagikan tugas kepada anak-anak di rumah. Ajar anak rasa tanggungjawab pada ibu ayah, dan keluarga.
Contohnya Lana, kemas bilik,
Luqman vacuum satu rumah,
Mayraa kemas toys.
Jangan la pulak terus minta goreng kobis sekuali.
Sekarang ni banyak suami jadi raja! Anak lelaki juga perlu belajar menguruskan rumahtangga. Barulah ada rasa empati pada isteri kan? Jadilah suami yang baik akhlaknya seperti Rasullah. Ringan tulang membantu isteri isteri menguruskan rumahtangga.
#7 AJARKAN ANAK UNTUK FAHAMI PERBEZAAN.
Mungkin Luqman sendiri membesar dengan kakak yang OKU. Jadi lebih mudah bagi aku untuk ajar pada dia rasa empati pada manusia lain yang diuji.
Kadang kadang aku nampak, ada anak yang mengejek anak OKU lain. Dengan mimik muka yang menjijikkan dan banyak lagi lah.
Ajarlah anak kita, memahami golongan begini patut disantuni. Bila jumpa orang kelainan upaya, bantulah mereka.
Satu lagi, tentang rupa paras.
Jangan tanamkan dalam diri anak anak, gemuk itu buruk, kurus itu cantik, putih itu segak, hitam itu loser.
Aku rasa penat sepanjang membesar dengan orang yang suka membuli mengejek orang lain. Terangkan kepada anak, semua orang Allah ciptakan cantik cantik belaka. Jika hati baik, maka baiklah semuanya.
Oklah.nanti aku kongsi lagi ya. Aku doakan semoga anak anak kita membesar dengan baik akhlaknya dan sentiasa mempunyai empati yang tinggi pada orang lain.
Salam sayang,
Syahirah Omar.