Pernah suatu ketika dulu berat badannya mencecah hingga 70kg dan sering kali juga ditegur oleh suami tentang perubahan berat badannya itu. Tidak mahu terus dibebani dengan masalah berat badan, dia nekad untuk lakukan sesuatu.

Ketahui apa tindakan yang membolehkan wanita ini mendapat berat badan ideal dalam tempoh 3 bulan dan ini perkongsiannya.

“Sebelum Ni Suami Dah Asingkan Baju Zaman Saya Kurus Untuk Disedekahkan.” Ikuti Perkongsian Wanita Ni Kembali Kurus!

Berat badan Saya pernah mencecah 70KG dan berjaya turun sehingga 51KG dalam masa 3 bulan sahaja. Sesuai dengan ketinggian saya 160cm.  Saya diet untuk memudahkan urusan saya untuk solat dan memudahkan pergerakan seharian.

Start 1 Januari 2019 hingga Mac, saya buat diet atkins +IF* tak ambil air manis, tak ambil nasi, dan tak bersenam pun sebab gaya hidup saya memang aktif dan minum air kosong sehari 3 liter, target 5 liter. Akhirnya saya puas hati dengan berat badan yang saya miliki kini.

“Sebelum Ni Suami Dah Asingkan Baju Zaman Saya Kurus Untuk Disedekahkan.” Ikuti Perkongsian Wanita Ni Kembali Kurus!

IKLAN

Selain itu, mengimbas kembali perkara yang memotivasikan dirinya untuk menurunkan berat badan, ini jawabnya.

“Sebenarnya saya nak mencari semangat baru dalam diri sebab saya akan tamat sebagai Pegawai Tadbir Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Mac 2019. So saya start diet Januari 2019, kiranya takde la saya rasa down bila keje takde kalau diri cantik.

Sebelum ini suami pernah berkali-kali nasihat kepada saya supaya jaga badan sebab dia tak pernah melihat saya obes. Jadi suami menyokong penuh untuk melihat saya berubah ke arah yang lebih sihat.

IKLAN

Sejujurnya suami pun tak sangka saya nekad untuk kuruskan badan sebab sebelum ni dia dah asingkan baju-baju zaman saya kurus dan berikan kepada mereka yang memerlukan dan ada juga yang telah dijadikan kain buruk.

Tapi bila saya sudah berjaya kurus saya sering juga complain kata dekat suami yang saya takda baju dan dia belikan banyak baju baru. Ada hikmah juga tu kan, alhamdulillah.

“Sebelum Ni Suami Dah Asingkan Baju Zaman Saya Kurus Untuk Disedekahkan.” Ikuti Perkongsian Wanita Ni Kembali Kurus!

IKLAN

Mengalihkan soalan dalam bab pemakanan untuk seisi keluarga, adakah  mungkin turut terkesan dengan rutin diet hariannya, ini pula perkongsiannya.

Rutin pemakanan famili tak berubah sebab saya baru ada anak seorang yang masih kecil dan saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tips untuk konsisten apabila berat badan ideal telah dicapai.

“Sebelum Ni Suami Dah Asingkan Baju Zaman Saya Kurus Untuk Disedekahkan.” Ikuti Perkongsian Wanita Ni Kembali Kurus!

Seperti mana saya, selepas bangun tidur saya minum air kosong segelas, dont skip breakfast , makan nasi sekali sehari pada waktu siang, minum air 8 gelas sehari & dan make sure last makan 3 jam sebelum tidur. InsyaAllah tak kan gemuk.

sumber : Anys Sophia 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI