Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai pembuka selera.Nak nak lagi musim panas begini memang sangat sesuai. Pasti menarik!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana menerusi laman facebooknya.
Hari tu pegi kenduri kahwin. Tuan rumah buat air ni. Aduhh sedap beb. Pekena pulak ais. Minum time panas leting ni.
Sambil beratur nak ambik air sambil mata dok belek semua bahan yang ada dalam balang air tu. Bahan bahan tengok lah gambar bawah ni.
Malam tadi mimpi air ni. Terus pegi kedai kemudian buat. Senang je buat dia. Campurkan semua bahan. Letak ais banyak. Ada rasa manis manis buah laici, rasa soda sikit, rasa masam sikit, rasa berangin sikit. Aduh malas lah nak cerita. Korang buat sendiri baru tau.
Bahan-bahan:
air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
- Bersihkan semua bahan-bahan.
- Hiriskan lemon nipis-nipis.
- Sediakan bekas yang bersesuaian.
- Campur semua bahan pastu letak ais banyak banyak. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
Ais krim soda tu kalau mangkuk besar saya tu jangan lah masukkan 1 botol. Letak separuh sahaja. Kalau rasa gas sgt tak best.
Sumber: Hazirah Maulana
Nasi Goreng Kampung Cukup Rencah & Mudah Sangat Nak Buat. Makan Hari-hari Pun Tak Jemu!
Tak dinafikan nasi goreng kampung menjadi antara pilihan ramai untuk dinikmati tanpa mengira waktu. Sama ada ketika sarapan, makan tengah hari mahu pun semasa makan malam, menu ini enak dimakan.
Rasanya pedas dan bertambah enak dengan rasa ikan bilis serta dilengkapkan juga dengan kangkung, memang membuatkan tekak ini sentiasa teringin untuk makan nasi goreng kampung setiap kali membuat pesanan makanan di restoran.
Memandangkan bila terlalu suka akan rasanya, ada bagusnya kita dapat sediakan sendiri menu ini dari air tangan sendiri, lagi puas hati. Bolehlah dimasak banyak dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Ini seperti mana menurut perkongsian Umi Watie memaklumkan menu nasi goreng kampung menjadi kegemaran keluarganya dan dia juga turut berkongsi resipi untuk yang ingin mencuba menyediakan menu tersebut.
“Nasi goreng kampung ni memang kegemaran kami sekeluarga. Kalau boleh hari-hari pun tak apa. Almaklumlah, nasi goreng kampung je mampu. Nak balik kampung, kampung ku Indah nun jauh disana. Ayah serta bondaku. Meh kakchik tunjukkan cara kakchik masak Village Fried Rice ala MakRerama.
“Makan nasi goreng kampung ni kena ada kopi o kaw. Lepas tu ada keropok warna warni kehidupan tu. Baru mantul, kalah teruk nasi goreng kampung kedai Thai tau,” jelasnya di group Masak Apa Hari Ni.
Nasi Goreng Kampung
Cara Memasaknya :
1.Mula-mula kita gorengkan ikan bilis. Kalau boleh pilih yang kecil-kecil. Baru la tak menyucuk gusi masa makan nanti. Tapi kalau kat kedai mamak tu ikan bilis besar macam ikan jaws dia bubuh, kau diam je kan?
2. Baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api. Kakchik cincang je guna chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.
Wajibun bubuh belacan kalau tak dia tak jadi nasi goreng kampung, dia jadi kau jelah balik kampung. Gitu.
3. Bubuh ½ cawan isi ayam. Kalau nak bubuh udang ke, sotong ke boleh je. Kampung awak kan bukan kampung saya. Kampung saya ada ayam je.
4. Bila semua bahan dan sebati elok, masukkan telur ayam. Kakchik bubur 2 butir, kalau nak bubuh lebih pun boleh.
5. Perasakan dengan garam sesedap rasa. Tak sedap tu mesti sebab durhaka resipi.
6. Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat.
7. Lagi satu wajibun juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.
Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Tapi dah malam ni, eh kau. Kau ke kedai jam 9 oder nasi goreng kampung boleh je. Tak tunggu siang pun.
Selamat mencuba korang. Biasalah orang kampung dia bercakap macam nak ajak gaduh. Tapi hati baik.
Sumber : Umi Watie
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Copy Paste Betul Muka Kakak.” Sekejap Je Dah Setahun, Scha Alyahya Titip Ucapan Buat Anak Kedua. Comelnya Dia!
Genap setahun usia Lila Amina, pastinya momen indah saat mengandung dan melahirkan si kecil ini masih segar diingatan sang ibu, Scha Alyahya.
Berkongsi luahan menerusi laman instagramnya, isteri kesayangan Awal Ashaari ini berkongsi foto bermula saat anak keduany ini dilahirkan sehinggalah kini sudah setahun.
When they say “sekejap je dah setahun, where did all the time go ? “
Lets take a stroll down memory lane 😜
Happy 1st Birthday my Love @lilaaminaaa . Syukur Alhamdulillah atas segalanya 🥺 i love you so much.
Dalam pada itu, pasangan ini turut meraikan Lila di sebuah hotel. Majlis sambutan hari lahir tersebut dimuatnaik menerusi laman instagram Lila yang memaparkan momen majlis yang penuh meriah.
Kelihatan dalam majlis tersebut sang ibu, Scha yang sebelum ini menjalani penggambaran di Perlis.
Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti serta warganet turut menitipkan ucapan hari lahir buat Lila.
Sumber: lilaaminaaa
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
gb
“Ibu Sempat Campak Adik Ke Kerusi Belakang.” Anak Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Ibu Bapa Maut Kemalangan
Sepasang suami isteri maut selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh lori membawa muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara isterinya Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak pasangan yang dikenali Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Sementara itu, Syaidatul Fatihah menceritakan kemalangan maut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd.
Menurutnya, arwah sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya.
Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.
“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.
Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi tadi. Justeru, ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.
“Kami dimaklumkan kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera. Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.
“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.
Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang selepas solat Isyak.
“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.
“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.
Sumber: Harian metro