Bercerita tentang hidangan daging korban, jika dimasak sup alangkah sedap rasanya. Olahan rempah ratus terpilih pelengkap rasa, dan disempurnakan bersama hirisan daun sup menyempurnakan rasa.

Namun andai tersalah masuk bahan, terbeli daun ketumbar umpamanya pasti lainlain pula jadinya.

Untuk tidak terjadi perkara sedemikian, ayuh kenali perbezaan antara keduannya sebagaimana yang dikongsikan ini.

kanapa bau lain macam je sup aku ni? Alahai, terbeli daun ketumbar rupanya. Tapi memang dua-dua nampak sama je, tak perasan langsung!”

Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi kalau nak elak tersalah beli, jom kita sama-sama ketahui apa ciri yang dapat membezakan kedua-dua jenis daun ini.

5 PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR

1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA

Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery

Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro

2. AKAR

Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.

Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

3. BATANG & DAUN

Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.

Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.

4. BAU

Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.

Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang.

5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN

Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.

Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.

MACAM MANA, DAH DAPAT BEZAKAN SEKARANG?

Memang keliru kalau kita jarang membelek dan menggunakan kedua-dua jenis bahan ini dalam masakan. Mungkin dengan info ini lain kali anda dah mampu membezakan antara daun sup dan daun ketumbar. Jadi, taklah tersilap beli kan?

sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan