Tahukah anda bahawa kasih sayang seorang suami kepada isteri mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakikatnya ia benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumahtangga itu bahagia dan saling melengkapi.

Berikut 4 perkara yang harus seoang suami ambil peduli agar lebih mencintai isterinya, supaya rezeki akan mengalir deras!

Semakin Suami Sayang Isteri, Semakin Laju Rezeki Datang Tanpa Diduga. Kasih Sayang Itu Senjata Kebahagiaan!

1. Melahirkan Tanggungjawab Untuk Mencari Rezeki.

Kawan-kawan yang disegani, apabila kita sayang dan jatuh cinta kepada seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab kita kepada orang itu. Dan begitulah bagaimana indeks kasih sayang ini mempengaruhi rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya.

Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya akan bekerja keras, luar biasa keras dan rajin semata-mata untuk membuatkan isterinya bahagia. Jangan salah faham. Si isteri bukan mata duitan, tetapi itulah untuk mencukupkan segala keperluan rumahtangga itu sendiri. Oleh sebab harga barang yang melambung-lambung tinggi dan sebagainya, lebih banyak wang yang diperlukan. Kan?

IKLAN

Berbeza pula dengan suami yang rasa sayangnya kurang terhadap si isteri (mungkin dipaksa kahwin?), mencari rezeki untuk keluarga dirasakan sebagai satu beban yang tidak diingini. Dan sebanyak mana pun rezeki yang diberi Tuhan, si suami seringkali tidak mahu berkongsi untuk keperluan ahli keluarganya.

2. Allah Sayang.

Kawan-kawan, saya ada satu soalan. Siapa yang memberikan kita rezeki? Ya, tepat sekali! Allah! Maka untuk melancarkan kederasan rezeki, apa yang kita perlukan cuma lah kasih sayang dan rahmat Allah.

Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencintai suami dengan sepenuhnya, bukankah itu akan mendatangkan rahmat Allah untuk menyelimuti rumahtangga itu? Bahkan nilai gaji yang sedikit pun akan dirasa cukup malah melimpah ruah untuk sebuah keluarga apabila mendapat kasih sayang Allah.

IKLAN

3. Ketenangan Dalam Rumahtangga.

Apabila si suami pergi bekerja, mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Dan bagaimana mungkin dia menjadi produktif di tempat kerja atau pejabat apabila dia membawa hal-hal peribadi dan rumahtangga ke dalam pejabat.

Bayangkan sahaja, konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Apabila daya produktiviti si suami menurun, berkemungkinan besar majikan tidak menyukainya dan akan memberhentikannya.

Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan ini? Mudah sahaja. Apabila si suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara-perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan. Justeru, produktivitinya di tempat kerja tidak terganggu.

IKLAN

4. Merasa Cukup.

Sebenarnya, inilah perkara yang paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki. Rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup.

Apabila seorang suami itu benar-benar menyayangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya. Dia tidak akan mencari kebahagiaan yang lain, kerana dia tahu, isteri dan keluarganya sudah cukup membahagiakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: ohsemmama.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI