Semangat meraikan sambutan Hari Raya tahun ini mungkin ada yang terasa hambar sahaja, tapi tidak kurang juga ibu ayah tetap mahu menceriakan suasana seperti raya-raya tahun sebelumnya.
Tujuannya agar anak-anak tetap berasa keseronokan menyambut 1 Syawal.
Umumnya, mencipta kemeriahan raya, rumah akan dihias serba indah. Bahkan jika ada bajet lebih, akan dilakukan transformasi ruang.
Jadi buat yang ingin melakukan transformasi ruang rumah, mungkin melalui perkongsian Ekin Mansor ini boleh dijadikan inspirasi. Jom semak.
Sebab letih mengemop hari2.. Kadang2 sehari mop sampai 3,4 kali.. Tiap2 kali lepas anak2 makan serabut nampak tiles melekit2, lepas mop pun nampak x brapa bersih lg. Rambut gugur sehelai pun blh nampak.
Akhirnya tukar kepada SPC (stone plastic composite),selesai masalah.
Senang sgt2 nak maintain, hati byk senang sbb rumah pun nampak lebih luas, pijak lantai pun x sejuk kaki..
*jimat pasang sendiri je, semangat sbb nak raya kat rumah sendiri tahun ni
#edited: ni bukan vinyl yang guna gam tu.. Letih dh jawab. Leh YouTube pasal SPC ni cara pasang dia. Kalis air, kalis calar, kalis anai2.
#Harga dia blh search kat shopee.. Mcm2 harga ada. Sy beli sekotak rm99/10pcs utk cover 23kaki persegi.
Sy beli direct di kedai area Kota Kemuning Shah Alam
#Kos sy guna 24 kotak skali dgn skirting dia n lain2 hampir 3k jgk la..
sumber : Ekin Mansor via kami suka suka dekor-deko
“Yang Berusaha Lebih Tanpa Meminta Balasan.” Cara Bos James Ini Hargai Pekerja Dengan Pemberian Kemas Raih Pujian Ramai
Siapa tak kenal dengan Bos James, seorang usahawan dan juga influencer yang terkenal dengan sentiasa meraih perhatian ramai dengan konten-konten menarik yang dipaparkan di laman sosial.
Bagi yang mengikuti Bos James, beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek berkongsi terutama dengan pekerjanya.
Sejak terkenal, rezeki influencer berbangsa Cina ini semakin murah dan pernah menjadi duta bagi satu jenama pakaian pada bulan Ramadan yang lalu.
Bos James terus menjadi bualan netizen apabila baru-baru ini dia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan demi memberi ganjaran kepada para pekerjanya sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat.
“Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan.
“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Boss James meluahkan rasa syukur mempunyai pekerja yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakangnya selama ini dalam membangunkan perniagaan.
Bahkan, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian.
“Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan. Terima kasih sebab tak pernah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita.
“Korang memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Sayang semua!” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan peribadi Bos James dan menjadikannya sebagai inspirasi.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tabung 52 Minggu & Tabung ‘Suamiku Kaya’. Siap Boleh Bantu Ibu Buat Umrah.Kreatifnya!
Setiap orang ada cara tersendiri dalam menyimpan. Baik di bank mahupun di rumah. Banyak atau sedikit bergantung kepada kemampuan diri.
Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Perkongsian Hani Mynis ini agak unik apabila menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya nama diberi.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
PKP 3.0, 80% Penjawat Awam Akan Berkerja Dari Rumah. Pekeliling Dari Setiausaha Negara Ni Undang Pelbagai Reaksi!
Berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimaklumkan petang tadi (22 Mei ) oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan seiring dengan itu, Tan Sri Mohd Zuki yang merupakan Setiausaha Negara telah memberi kenyataan yang jelas berkenaan pengoperasian pejabat kerajaan dalam tempoh PKP 3.0 tersebut.
Kenyataan jelas yang digariskan ini ada menyatakan di mana kehadiran kakitangan awam ke pejabat adalah pada tahap 20% keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80% secara BDR (Berkerja Dari Rumah) dengan penggiliran.
Selain itu, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.
Turut dinyatakan, masyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talianmelalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan dan manakala perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas taliandan melalui temujanji sahaja.
Kesemua peraturan baharu itu akan berkuatkuasa 25 Mei ini.
Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian makluman operasi tersebut telah menarik perhatian bukan sahaja oleh ribuan penjawat awam malah orang awam yang ingin berurusan di pejabat kerajaan juga terpanggil untuk memberi maklum balas.
Sumber : Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiasuasa Negara
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club