Memiliki anak-anak yang ramai ni memang seronok. Suasana rumah riuh dengan suara dan karenah anak-anak, hilang segala rasa penat tatkala pulang dari kerja.

Umum mengetahui angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan isteri, sejak dahulu lagi  mengimpikan untuk memiliki keluarga yang besar. Pasangan ini kini memiliki 6 cahaya mata yang comel Dan bijak belaka.

Selain berkongsi tip kekeluargaan, Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr Halina juga sering memuat naik video mahupun gambar anak-anak. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.

Terbaru menerusi instagram, Sheikh Muszaphar berkongsi video  mereka sekeluarga ketika ingin pulang ke kampung angkasawan Negara yang terletak di Seremban.

Namun, disebabkan kereta yang dimilikinya tidak mampu menampung mereka berlapan,  Sheikh Muszaphar meminjam van milik restoran Rebung.

Apa yang melucukan, sambil memandu, sheikh Muszaphar memasang lagu Balik Kampung.

Cukup comel  dan lucu gelagat anak-anak yang dilihat  beratur untuk menaiki van. Semua nampak gembira termasuklah si kembar Emelia dan Eusoff.

Pastinya ini merupakan pengalaman paling manis dan menyeronokkan terutama buat anak-anak kerana pertama kali menaiki van untuk pulang ke kampung.

Rata-rata terhibur melihat gelagat keluarga ini. Tak kurang yang memuji cara sheikh Muszaphar dan Dr Halina membesarkan anak-anak. Cukup sederhana dan tidak banyak karenah.

IKLAN
noorhayati_madin Suka tgok family berbaris nak masuk van. Safe drive doc.
shamiyuyan Kalau sy ni berpeluh nak masuk kan anak sorg2 dlm kereta…
elmnail_damansaraDato kena beli hyundai starex ni, meriah fmly ramai😍
nun.wau.ro Happy holiday Dr & family. Have a safe journey ❤️…siap beratur nak naik van 😅
mizz_finas Can totally relate this Dr. I am blessed with 6 anak as well. Upgraded my vehicle as well as its a need already. Safe trip to home town😍
fatimahadam6254 Seronok emelia dpt blk kg. Senyum simpul dia
norhafizahlatif Hahahaha… Dr berdua memang selalu kreatif😂
ainnadzirah21 bila tgk @drhalina dgn ank2 beratur tuk naik van..teringat zaman sek dlu tgk van 😍😍😍
call_me_za_ Seronoknya balik kampung ramai2. Kami orang Singapore dah rindu sangat dengan famili di Malaysia. Semoga selamat sampai ke destinasi Dr.

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!