Makanan berpantang yang terdiri daripada makanan rebus dan bakar ini adakalanya buat kita rasa jemu. Menjamah makanan ini setiap hari tanpa dipelbagaikan menu dan citarasanya buat kita rasa bosan untuk makan sedangkan tubuh memerlukan makanan untuk bekalkan susu buat bayi.

Kalau hilang selera ada baiknya minta ibu atau suami buatkan serunding halia terangkat ini buat ibu berpantang. Memang makan tak pandang bayi disebelahlah jawabnya.

 

Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain. Malah nak memasaknya pun teramatlah mudah berbanding serunding lain. Paling penting halia kena banyak supaya dapat buang angin dalam badan. Kasi panas!

Serunding Halia Pantang yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen. Malah caranya yang menunjukkan dengan langkah demi langkah buat semua teruja. Jom cuba resipi serunding halianya.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

Bahan-bahan:
1/2kg ikan bilis
5 biji bawang besar
5 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam

IKLAN

Caranya:
1. Lada hitam tu cikpooja goreng ya. Kalau tak nak goreng pakai minyak, sangai pun boleh.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba! Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

2. Hiris dan potong semua bahan seperti dalam gambar.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

IKLAN

3. Dah potong semua bahan, goreng la ya. Minyak kena banyak dan biarkan bahan gorengan berenang renang. Goreng semua bahan asing-asing sampai kekuningan.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

4. Lepas tu, toskan la ya. Letak tisu di bawahnya supaya serap minyak.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

IKLAN

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

5. Dah siap goreng semua bahan, tunggu sejuk dulu dan kisar guna blender kering sampai hancur. Kalau nak tumbuk pun boleh, ikut pada citarasa masing-masinglah ya. Cikpooja blander bahan-bahan ni asing-asing, lepas tu baru gaul sebati.

Serunding Halia Ikan Bilis, Menu Pantang Super Sedap,  Atasi Kebosanan Menu Ibu Berpantang, Wajib Cuba!

6. Siap. Buat untuk makan sendiri. Simpan dalam balang kedap udara je. Tak payah masuk peti ais pun. IsyaAllah berbulan-bulan tahan. Kalau buat betul-betul kering elok.

 

Kredit: Cik Pooja