Rumahtangga bahagia dan diberi keberkatan pastinya akan memberi keharmonian rumahtangga.
Salah satu cara keberkatan dalam rumahtangga, adalah seorang suami mesti tidak culas memberi nafkah kepada isteri. Barulah segala duit perbelanjaan rumahtangga sentiasa mencukupi.
Perkongsian seorang suami ini, Mohd Nazim Badruddin begitu inspirasi untuk dikongsi bersama. Biarpun nukilannya sekian lama namun relevan dijadikan peringatan diri.
IKLAN
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je. Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menabung tu penting, tapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting.
IKLAN
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
IKLAN
Nabi SAW bersabda; “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya wang dapur. InsyaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau takde kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela di belanja.
#TarbiahSentap #PengurusAiSukaBazaar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah adik Bella yang merupakan seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down menjadi tumpuan seluruh negara.
Anak istimewa ini dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Saban hari ada yang meluahkan rasa sebak mengenai kisah adik yang malang ini. Malah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut memberi perhatian kes ini.
Nyata, kisah adik Bella ini membuatkan ramai yang meruntuh sedih. Namun pastinya ada mempunyai persoalan siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya?
Bagi yang tertanya-tanya sejarah adik Bella ini, ikuti perkongsian, Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi perkongsian facebooknya.
INI SEJARAH HIDUP BELLA
Ramai orang tahu kisah sadih, tragis dan merobek hati tentang adik Bella. Kisah adik Bella yang luka teruk seluruh tubuh badan kerana disyaki didera.
Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 14 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 8 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.
Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.
Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.
Adik Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di sana sebab dia gembira dan bahagia tinggal di sana.
Ada penjaga yang dia panggil Abah dan Mak. Memang Abah dan Mak serta staff di sana sangat mengasihi Adik Bella ini.
Tapi semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.
Bila lihat adik Bella, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada dia untuk jaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia suka kanak-kanak Down Syndrome ini.
Sejak hari itu, adik Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.
Penghuni Rumah Bonda sempat kenal dan bermesra dengan adik Bella yang menetap di sana lebih kurang 4 bulan.
Selepas itu adik Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Maka sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang adik Bella ini.
Sekitar bulan Februari atau Mac baru-baru ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan adik Bella di kondo. Masa ni adik Bella belum ada kesan cedera secara fizikal.
Namun adik Bella ada memaklumkan dia tak nak duduk dengan Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung dalam bilik dan tak gembira seperti dia duduk di Rumah Bonda.
Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan cakap kat dia agar pulangkan adik Bella kepada JKM memandangkan adik Bella tak happy tinggal di sana.
Siti Bainun menolak dan minta sukarelawan tersebut jangan masuk campur urusan adik Bella. Diam je lah sukarelawan ini memandangkan dia hanya sukarelawan dan Siti Bainun pengasas.
Pada 23 Jun 2021, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo dikuarantin kerana covid. Masa inilah semuanya terdedah.
Luka adik Bella tidak dapat disorok dari pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.
Adik Bella dikatakan kena simbah air panas, dipijak lutut, dipaksa makan najis dan muntah, dibogelkan, diikat dan pelbagai jenis seksaan yang tak terbayang mata.
Di sinilah bermulanya kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar. Namun masa tu, ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja, tidak secara meluas sehinggalah Puan Mona Din meviralkan isu ini.
Nota : Kisah ini saya dapat dari sumber sahih yang secara langsung berhubung dengan adik Bella sejak adik Bella berusia 12 tahun.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum berakhirnya sesi persekolahan guru-guru di setiap sekolah akan mematikan setiap anak muridnya dibekalkan dengan buku-buku teks untuk kegunaan di tahun hadapan. Kebiasaannya juga, buku-buku tersebut diberikan kepada anak-anak kita terikat kemas dalam satu ‘bundle’. Ada yang masih elok balutannya dan ada pula sesetengah buku ‘togel tanpa berbaju. Lebih menyedihkan jika buku yang diperoleh uzur keadaannya; terkoyak, hilang muka surat, bercontengan dan sebagainya.
” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula. Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
Jika anak dapat buku teks sebegini, anda perlu tahu sebabnya.
Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
Kalau buka setiap ‘bundle’, anda bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku, kepenatan cikgu tu nanti.
Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid itu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yang memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.
Apa perlu buat bila buku anak begini?
Hubungi guru, bagitahu dia elok-elok. Jangan marah-marah, jangan bernada sinis.
Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, anda balut buku elok-elok dan bagi tahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.
Cara penyelesaian PALING AGUNG.
Anda pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang anda dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Anda pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Daripada anda pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok:-
– Kerana sebuah buku koyak martabat anda sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, anda dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama. Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita. Ingat tu.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat yang gemar masak makanan yang pedas tentu tercqri-cari petua untuk membuat cili kisar yang tahan lama.
Selain itu, cili kisar ini akan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Ikuti perkongsian ini.
Tiap kali aku kongsi resepi aneka makanan bergoreng, selalunya aku ada guna cili kisar.
Kebanyakannya lah pasti aku ada masukan cili kisar. Rasanya sebelum ni aku dah pernah kongsi bahan-bahannya di dinding fesbuk aku.
Tapi takpa kali ni aku kongsi sekali lagi, di sini pula. Khas untuk ahli MB.
Bahan mudah :
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Minyak
Air
Cara penyediaan:
1. Mula sekali cuci dan bilas cili kering tu, rendam dengan air sekejap. Air paip boleh, air panas pun boleh. Terpulang.
2.Lepas tu masukkan cili kering dalam blender bersama bawang besar, bawang putih, dan air. Jangan banyak tau air. Separuh ja dulu. Kalau nampak blender sarat tak boleh kisar baru tambah sikit-sikit.
3. Bawang besar boleh letak lebih. Lagi banyak lagi sedap. Bawang putih tu cukup sekadar seulas dua. Tak perlu banyak. Nak ambik bau je.
4. Minyak letak lah 3 atau 4 sudu. Tak perlu banyak sangat pun. Minyak ni hanya untuk bantu hancurkan bijik cili supaya lumat.
5.Kemudian, blend lah sampai lumat elok.
6. Dah siap. Tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
7. Bila nak guna, cedok guna senduk bersih supaya cili tak cepat rosak.
❌Tak perlu dah nak angkut cili boh kat kedai untuk kegunaan di dapur.
Mudah, jimat, tahan lama.
Dan pastinya menambah kesedapan.
Nota :
Kalau nak guna untuk buat pes asam pedas atau kuah laksa, cuma ambil 3 atau 4 senduk cili kisar. Masukan semula dalam blender, tambah belacan. Kisar, siap untuk ditumis.
Sumber: Firda Ashaary
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Video terbaru Tok Sidang Jinggo merakam video gelagat isterinya Sheila Rusly di pasaraya mencuit hati.Part Shiela Rusly mengemas ruang pameran barang basah di pasaraya...