Meskipun daun kunyit menjadi pelengkap ramuan untuk menyedapkan lagi masakan rendang mahu pun gulai, namun penggunaannya tidaklah begitu menyeluruh dalam masakan harian lainnya.
Jadi bila dibeli seikat daun kunyit dan umumnya kita hanya akan menggunakan sehelai sahaja dalam masakan. Lalu selebihnya akan disimpan untuk digunakan di masa akan datang.
Pun begitu, apa yang menjadi masalahnya adalah daun kunyit akan menjadi kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Dan bila hendak digunakan, rasa tidak puas hati pula melihat keadaan daun kunyit yang layu dan kering.
Pun begitu, tahukah anda ada cara atau trik yang boleh dilakukan untuk pastikan daun kunyit yang disimpan kekal segar dalam jangka masa yang lama.
Bagaimana caranya itu, jom kita baca perkongsian daripada Huda Zainal ini.
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi.
IKLAN
First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar.
Step 1
IKLAN
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
Step 2
Basahkan kitchen towel tu. Biar dia lembab.
Step 3
IKLAN
Masukkan daun kesum dan kunyit. Kalau nak guna simpan pudina pun boleh.
Step 4
Cover atas daun tu denga kitchen towel lembab juga. Lepas.tu tutup bekas. Masukkan dalam refrigerator.
Fasa kesukaran hidup yang dilalui oleh sebilangan besar antara ahli keluarga kesan daripada pandemik Covid-19 ini wajar didepani dengan sikap yang positif.
Biar ada ketua isi rumah yang telah kehilangan punca rezeki, isteri dan anak-anak perlu bijak memainkan perananan agar sama-sama terus bangkit dengan usahakan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk anak beranak.
Senario ini dikongsikan sendiri oleh doktor ini tentang beberapa kisah yang terjadi di kliniknya.
Jom kita baca agar perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bangkit bersama bagi merancakkan ekonomi keluarga.
Sepanjang PKP (hingga sekarang), setiap hari ada sahaja pesakit datang ke klinik mengadu hilang kerja atau pendapatan seisi rumah berkurang sampai tak cukup nak sara hidup.
Kebanyakan mereka datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk jadi penghantar makanan. Sebahagian pula datang untuk ambil suntikan vaksin tifoid, untuk mula meniaga makanan.
Apa yang buat saya rasa ralat adalah; ada antara mereka ni yang dah berumur lebih separuh abad. Paling tua yang saya jumpa adalah pakcik berumur 56 tahun. Dah ada cucu dah.
“Cucu dah nak start taska. Ayah dia belum dapat kerja tetap, sekarang kerja GrabPanda. Duit tak cukup nak bayar taska,” kata pakcik tu.
Ayah mana yang sanggup lihat anak susah, inikan pula seorang datuk nak lihat cucu dia ada kekangan nak sambung sekolah. Sebab itu pakcik ni nak kerja jadi penghantar makanan juga. Nak bantu anak dan cucu.
Sedih bila membayangkan pakcik ni kena ke sana ke mari, redah panas dan gerimis untuk hantar makanan dari kedai-kedai ke rumah-rumah, demi untuk pastikan cucu boleh pergi taska nanti.
Seorang lagi emak, diajak oleh anaknya yang berumur 16 tahun untuk ke klinik. Budak tu nak menjual nasi lemak di hadapan rumah untuk bantu tambah pendapatan mereka sekeluarga.
“Saya kata dekat dia, nak jual depan rumah je, tak payahlah nak inject (suntikan tifoid). Lainlah nak ambil lesen meniaga,” kata emaknya, sambil buat muka tak puas hati.
“Kita nak jual makanan, kenalah ambil. Tak kisahlah nak ambil lesen ke tak. Benda ni kan untuk elak kita sebarkan penyakit pada orang, bukan untuk lesen,” jawab anaknya.
“Masalahnya, injection ni mahal! Faham tak?” balas maknya.
Saya tak tahu nak sokong yang mana. Si anak, bagus sudah pemikirannya. Keselamatan pembeli perlu diutamakan. Si emak punya keengganan pun ada asasnya. RM70-80 tu bukan nilai kecil.
Entahlah…
Ini antara cerita, daripada berpuluh-puluh masalah yang saya dengar dan saksikan sendiri sepanjang PKP ni. Tak tahu nak tolong bagaimana dah. Paling-paling kos pemeriksaan dan suntikan tu, saya bayar kepada klinik guna duit saya sendiri.
Tak bolehlah saya tak caj, kerana klinik saya pun nak hidup juga. Ada kos nak ditanggung, ada pekerja nak dibayar. Jadi, klinik caj pesakit, tapi saya yang bayar dari poket saya. Biar saya tanggung, bukan klinik.
Klinik saya pun terkesan juga dengan keadaan semasa. Gaji saya pun dipotong 50%. Namun, Alhamdulillah masih bolehlah meneruskan hidup, ada simpanan, ada sumber pendapatan lain.
Pendek kata, semua orang terasa impak daripada wabak COVID-19 ni, namun setiap orang lain dugaannya. Ada yang masih mampu berdiri, ada yang jatuh tersungkur ke tanah.
Sama-samalah kita bina semula ekonomi kita.
Kita sokong perniagaan di kawasan rumah kita, di kawasan tempat kerja kita. Utamakan perniagaan kecil-kecilan, berbanding perusahaan mega. Utamakan perniagaan tempatan, berbanding luar negara.
Sakit mata juga bila kita lihat plastik-plastik makanan atau plastik barangan andai diletakkan secara tidak terurus di ruangan dapur. Memang nampak serabut digumpal-gumpal. Hendak dibuang terasa macam ada kegunaan lain pula di masa akan datang.
Jadi apa kata untuk menyimpan semua palstik-plastik ini, kita gunakan teknik lipatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Abylla Amjah ini. Semoga bermanfaat.
Tip Jimat Ruang Untuk Simpan Plastik
Step 1 : Plastik di lipat dua.
Step 2 : Kemudian dilipat sekali lagi.
Step 3 : Lipat bentuk segi tiga pada bahagian bawah dan lakukan hingga ke atas.
Step 4 : Kemudian ambil bahagian tangkai plastik dan selitkan pada kawasan yang dibulatkan dengan warna pink ini.
Step 5 : Sekali gus lipatan plastik terlipat kemas.
Step 6: Akhir sekali letakkan satu bekas di dalam laci kabinet dapur. Simpan plastik yang siap dilipat tadi di dalam bekas tersebut.
sumber : Abylla Amjah Via kelab kaki deko barang eco/mr. diy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesuatu yang cukup membanggakan dapat kita rasakan bila perabot lama nampak berseri dan wow setelah diberi sentuhan DIY.
Ini sebagaimana apa yang dihasilkan oleh suami kepada Puan Norsaleza ini. Side table di bilik tidur yang asalnya nampak biasa sahaja namun terserlah setelah lakukan tranformasi dengan bajet yang rendah.
Nak tahu bagaimana hasilkan side table mewah seperti itu, jom semak langkahnya.
D.i.y side table
Banyak masa terluang semasa PKPB husband make over side table ala Ss#
Tempah cermin 3mm Rm80
Gam tiup Rm10
Masking tape Rm5
Spary tin color gold Rm7.50
Total Rm100 ngam2
step 1
Spray dengan warna gold bahagian tulang permukaan sahaja.
Step 2
Dah siap spray biarkan kering dalam 2 -3 jam dah kering. Kalau nak tunggu 2-3 hari pun boleh.
Step 3
Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.
Step 4
Selepas gam tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.
Step 5
Badan side table pun dah kering, kita mula tampal bahagian badan.
Step 6
Dah siap.
Bahkan bukan itu sahaja, bagi menyempurnakan lagi ruangan bilik, pasangan suami isteri ini turut memberi sentuhan pada kemasan dinding dengan memilih rona gelap cat Jotun Majestic Carbon Black Code 9920 sekali gus nampak begitu mewah.
Boleh juga tonton video ni untuk kita buat DIY alas kaki. Mudah dan cantik!
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program...