Selepas 21 hari melahirkan bayinya, Ozlynn Wati dan suami, Johan berkongsi nama anak keenam mereka. Nur Latifah Cherdiq Hanania menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.
Pengumuman tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi pasangan tersebut.Kata Ozlynn, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.
Ozlynn juga turut memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Emosi Mak-mak Berserabot, Buat Apa Pun Tak Menjadi. Nak Bagi Tenang, Ada Yang En Suami Kena Buat!
Bercakap tentang rutin harian menjadi seorang isteri dan ibu, memang tak dapat dibilang dengan jari. Bayangkan setiap kali balik kerja, belum pun kita sempat membuka tudung akan terus ke dapur menyinsing lengan untuk sediakan bahan-bahan untuk dimasak. Dalam masa yang sama, dekat fikiran asyik teringat pula kain diampaian belum diangkat dan macam-macam hal lagilah yang ingin segera disiapkan. Hakikatnya semua perkara tersebut menyerabotkan fikiran dan mengganggu emosi.
Jadi alangkah baik dan bagusnya sekiranya suami dapat memainkan peranan untuk menenangkan hati isteri agar dapat merasai suasana kehidupan yang lebih tenang dan terurus.
Ini sebagai mana perkongsian daripada Puan Izzah Rosli tentang pengalamannya apabila dalam keadaan emosi yang sedang kusut, tiba-tiba dengan sekalip mata boleh berubah menjadi lebih baik apabila disapa oleh suami dengan tindakan yang lebih cool.
Jom semak perkongsian ini dan bolehlah dijadikan panduan agar kehidupan kita sebagai suami isteri lebih tenang dan bahagia.
Perempuan dan Emosi
Dah dua tiga kali cuba bukak pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak-hentak pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi Fahem tidoq, nak iron baju Fateh sekolah, pintu pun time-time nih la susah nak bukak..
Tetiba suami turun. dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah-dah p masuk rumah satgi abang setel barang-barang. Terus stabil emosi-emosi yang berkecamok tadi..
Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time-time nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.
Bila isteri lambat terkial-terkial nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja-kerja dia. Contohnya “Ok sayang, kita nak p kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak-anak”
Bila bagitau isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah-marah bila dia siap-siapkan beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat-buat cool tanya dekat isteri “Ada apa-apa lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”
Lagi satu, bila isteri tengah belek tudung berjam-jam depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang-ulang dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi-lagi la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu tak jadi-jadi esok abang beli tudung baru ja taw” Wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot-heqot tadi..
*pintu hati sayang pun abang boleh bukak, apatah lagi pintu rumah.
sumber : Puan Izzah Rosli
Projek Cuti Sekolah, Jom Buat Cat Warna Air Dari Bahan Dapur. Confirm Anak-anak Teruja!
Ketika cuti sekolah beginilah kita perlu isi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Salah satunya adalah lakukan aktiviti bermain warna air. Memandangkan kanak-kanak memang suka dengan warna.
Apa yang mengujakan tentang warna ini pula, tahukan anda warna air boleh kita hasilkan sendiri!
Bagaimana, apa bahannya, selamat ke tidak, senangke buatnya dan pelbagai lagi soalan yang berlegar difikiran, semua ini terjawab melalui perkongsian bermanfaat daripada Yatie Eimra ini.
WARNA AIR DIY
”Dah beberapa hari Fayyadh mintak ‘nak main color²’.. Semalam baru berkesempatan nak buat warna air DIY ni. Dah agak lama juga tak buat aktiviti mewarna gunakan warna air ni. Maklum lah, aktiviti mewarna ni agak messy & sesuai dijadikan aktiviti sebelum & masa mandi.”
Banyak resipi untuk buat warna air ni sebenarnya, tapi saya suka gunakan resipi ni sebab selain gunakan 4 bahan je, ia selamat digunakan untuk bayi.
Kalau ada ibu² yang nak abadikan moment anak membesar, boleh juga gunakan warna ni untuk buat cop tapak tangan bayi.”-Yatie Eimra
Bahan-bahan:
80ml sabun/syampu bayi (sebaik²nya warna jernih/putih)
2½ sudu makan tepung
2 sudu makan air
Pewarna makanan
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali warna.
2. Asingkan sedikit bancuhan tepung untuk setiap warna yang dikehendaki.
Cara penyimpanan:
Jika ada lebihan bancuhan tadi, boleh disimpan di bahagian chiller (tahan beberapa minggu) atau boleh juga difrozenkan (tahan beberapa bulan).
Tip tambahan:
1. Ji tiada palet warna, boleh gunakan penutup botol yang dilekatkan dengan double sided tape (elak tumpah).
2. Selain membuat cop tangan & menggunakan berus lukisan, boleh juga gunakan pompom/span/sayur²an sebagai cop.
3. Gunak lapik pinggan (coaster) sebagai alternatif untuk kertas. Selepas bermain, boleh latih anak untuk mencuci lapik pinggan tersebut semasa mandi. Anak² akan teruja melihat air berubah warna & lapik kembali bersih.
Sumber : Yatie Eimra
“Miki Tu, Dia Anak Pertama Saya…” -Perkongsian Dr Ni Undang Sebak Buat Pencinta Kucing!
“Miki Tu, Dia Anak Pertama Saya…” -Perkongsian Dr Ni Undang Sebak Buat Pencinta Kucing!
Buat pencinta kucing pastinya mempunyai perasaan sayang sepenuh hati dalam hal menyayangi kucing peliharaan. Malah kucing yang dijaga bukan sahaja diberi makan dan dibelai, malah dilayan seperti keluarga sendiri.
Bahkan bila si bulus yang ditatang seperti anak kandung, tiba-tiba pergi buat selamanya akan memberi satu tekanan yang hebat untuk diterima. Kehilangan tersebut begitu perit dirasakan dan mampu membuatkan pemilik kucing mengalirkan air mata. Tidak kurang juga hingga menyebabkan rasa murung dan memberi kesan buruk pada kesihatan dek kerana sukar menerima pemergian kucing kesayangan.
Hal ini bukan cakap kosong, malah turut dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia, berkongsi senario bila berdepan dengan pesakit yang datang ke kliniknya gara-gara seekor kucing di akauan facebooknya.
Ini perkongsiannya.
Sebuah keluarga terdiri daripada suami, isteri bersama dua orang anak memasuki bilik konsultasi doktor.
“Doktor, suami saya tak boleh tidur malam. Dia sakit kepala. Rasanya tekanan darahnya naik lagi.’
Setelah diperiksa, bacaan tekanan darah tinggi pesakit tidaklah tinggi mana. Cuma 140/90 mmHg sahaja.
“Encik memang ada penyakit darah tinggi ya? Encik memang perlu makan ubat ke hari hari?” tanya saya kepada suami wanita tadi.
“Tak ada doktor. Cuma kadang kala tengkuk saya rasa sakit dan berat kepala sikit bila tak cukup rehat. Bila periksa, sama saja macam yang doktor dapat harini. Tak tinggi mana. Saya cuba kawal supaya saya tidak tekanan.”
Kata pesakit tadi.
Wajahnya kelihatan sedikit lega.
Namun, masih terlihat raut wajahnya yang suram dan matanya yang sedikit pilu.
“Encik tekanan dengan kerja?”
Belum sempat pesakit tadi menjawab, isterinya sudah memintas.
“Suami saya baru saja kehilangan kucing kesayangan dia. Dah seminggu Miki meninggal. Dah seminggu jugalah suami saya tak dapat tidur malam.”
Kelihatan raut wajah pesakit tidak begitu senang dengan jawapan isterinya.
Gedebukk.
Tiba tiba anak bongsu mereka meraung.
Dia terjatuh akibat tersadung hujung kerusi di dalam bilik konsultasi itu.
Keadaan menjadi sedikit tegang apabila saya lihat wajah pesakit merona merah. Marah agaknya dengan kekalutan yang timbul.
“Err boleh saya bercakap dengan pesakit sebentar? Dan saya perlukan sedikit privasi dengan pesakit.” Kata saya dengan senyuman.
Syukur isteri pesakit tersebut memahami dan membawa anak anak mereka kelur dari bilik konsultasi.
“Encik Daud, maaf. Saya bukan niat mahu menghalau. Encik Daud ada masalah lain?,” tanya saya beberapa saat selepas pintu bilik tertutup rapi.
Encik Dauh meraup wajahnya sambil mengeluh panjang.
Selepas hampir seminit, dia memulakan bicara.
“Saya serabut, doktor. Miki tu kucing kesayangan saya. Bukan, dia anak pertama saya. Hurm, yang tadi tu isteri kedua saya doktor. Perkahwinan pertama saya, tak dikurniakan cahaya mata, jadi saya dan isteri pertama saya memilih untuk membela kucing. Kami sayang Miki bagai anak kami. Bila saya kahwin dua, Alhamdulillah saya diberkati dengan dua cahaya mata. Tapi Miki tetap anak yang pertama.
“Saya tak pernah tinggalkan Miki. Bila dia mula sakit dua minggu lepas, saya bawa dia pergi jumpa doktor haiwan tapi doktor tu cuma bagi antibiotik sahaja. Miki kencing berdarah dah tiga hari. Saya pelik kenapa doktor tu tak ambil sampel air kencing dan darah Miki. Tapi, saya tak tanya banyak masa tu. Saya bagi ubat macam biasa di rumah.
“Seminggu lepas, keadaan Miki makin merosot. Dan pagi Sabtu tu, isteri pertama saya telefon kata Miki sudah tidak ada.
“Berderai jiwa saya doktor! Miki sakit cuma seminggu sahaja. Takkan secepat tu nyawa dia diambil? Padahal sebelum ni Miki pernah dilanggar kereta, kakinya patah tapi dia elok sahaja bertahan sampai bertahun tahun. Kenapa tiba tiba Miki mati?”
Saya hanya mendengar.
Memberi sepenuh perhatian kepada pesakit yang sedang galau hatinya di depan mata saya ini. Menanti bait kata seterusnya.
“Lepas saya tanam Miki di belakang rumah, saya dah mula tidak boleh tidur malam. Saya rindukan Miki, doktor. Dia anak pertama saya.’
Terdengar esakan tangisan Encik Daud.
Terpegun sebentar saya.
Terkesima dengan kuasa cinta.
Walau bukan sesama manusia, namun ianya tetap utuh bertenaga.
Walau sudah di alam berbeza, namun kuasanya masih beraja di jiwa raga.
“Miki selalu dengar masalah saya, cerita saya. Saya suka bersembang dengan Miki sebab dia tak melawan. Dia mendengar dengan taat. Miki sangat mendamaikan. Tak seperti manusia, apa sahaja cerita yang sampai di telinga dia, sepantas kilat juga sampai ke telinga manusia lain. Sekejap sahaja cerita itu bertukar intipatinya.”
Saya terus mendengar luahan Encik Daud.
Dan saya cuba memberikan sedikit dua nasihat dan memujuknya untuk berjumpa pakar kaunseling supaya kesedihan yang dialaminya boleh diuruskan dengan cara yang betul dan sihat.
Saya masih terkaget dengan situasi pesakit saya ini.
Walau sudah beristeri dua, namun hatinya masih tidak begitu tenang. Dia masih sunyi kerana pendengar setianya sudah tiada.
Sungguhlah kata orang, kepercayaan dan kesetiaan itu tak ternilai harganya.
Untuk mereka yang tertekan dengan kerja atau manusia, carilah seorang pendengar untuk bercerita. Jangan memendam perasaan sehingga memakan diri sendiri. Tekanan dan kemurungan boleh dikawal dan dirawat.
Dapatkan nasihat kaunseling dan rawatan dengan pakar yang bertauliah.
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Aktif sihat mental kita, inshaAllah aktif juga badan kita.
Meninjau di ruangan komen, nyata warganet turut perkongsi perasaan bila pernah mengalami kehilangan si bulus.
“Mula2 baca tu mcm kelakar…tp bila baca sampai habis sedih rasanya..kami sekeluarga juga pernah kehilangan kucing tersayang…memang sedih & pilu”
“Aduhai menangis saya baca kisah ni sebab saya pun pencinta meow “
“Kehilangan kucing yg d sayangi mmg perit d hadapi…..tambah an kucing yg sgt baik n tmpat mencurah perasaan……kematain andika ku ratapi…… Allahuakbar”