Wanita dan kecantikan berpisah tiada! Itulah hakikatnya. Lantaran itu kebanyakan wanita begitu mengambil berat dalam bab penampilan. Bukan sahaja memberi tumpuan khusus pada kecantikan wajah, malah menjaga dan memastikan agar memiliki kaki yang langsing dan sekali gus bentuk paha yang kecil.

Kesempurnaan ini akan menjadikan wanita menjadi lebih berkeyakinan dan menawan bila melangkah. Malah tidak hanya alasan itu semata-mata, turut terkesan bila memiliki paha yang kecil adalah menjadikan pergerakan lebih lancar dan pantas.

Atas alasan ini jugalah ramai wanita berusaha untuk kekalkan bentuk paha yang ideal. Selain bersenam, amalan pengambilan herba juga dikatakan dapat membantu. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Norliza Mohd Salleh dengan  minum air rebusan jintan. Nak tahu bagaimana penyediaannya, jom kita semak.


“Assalamualaikum Harini  #AkuSiPerundingjamu nak share petua sangat mudah,kos sangat murah. Petua kecilkan paha yang sado. Saya dan bff saya si ibu solid Hanya Rina juga amalkan, alhamdullilah longgar cikit jeans. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Jangan lupa catat ukuran paha sado uolls sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.”

 

Rebusan Jintan

Bahan-bahan:
Jintan Manis -2 sudu besar
Air – 1 liter air

Cara- cara:
Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.


Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan uolls.

Juga membantu:
▫Buang angin badan
▫Masalah mulut berbau
▫Kurangkan selera makan
▫Tingkatkan metobolisma
▫Cuci usus
▫Sakit-sakit sendi
▫Kolestrol
▫Tambah darah
▫Gemok air
▫Banyakkan susu badan

Sumber : Norliza Mohd Salleh