Tabungan mempunyai peranan penting dalam memastikan kestabilan kewangan kita untuk masa hadapan. Pun begitu, untuk menyimpan duit ada sahaja yang terasa sukar dan susah untuk jadikan rutin dan sekali gus mendisiplinkan diri untuk kekal menabung.
Untuk itu, apa kata anda ikut langkah yang dilakukan oleh wanita ini yang telah pun sekian lama mengamalkan teknik menabung dengan caranya yang tersendiri. Bahkan menurutnya, dengan menabung di ‘tabung 52 minggu’ akan menjadikan anda lebih seronok dan bersemangat untuk menyimpan duit.
Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya.
Kak ena ada satu tabung. Tabung 52 minggu nama dia. Tabung ni kita boleh mulakan ikut kemampuan kita. Boleh buat RM5, atau RM10 atau RM50 sebagai permulaan.
Amaun tu bertambah setiap minggu.
Contoh mula RM10
Minggu depan RM20
Minggu ketiga RM30
dan seterusnya RM40, RM50, RM60
Tapi,
Nak buat tabung ni ada masalah juga. Kak Ena buat dah masuk tahun ke 5. Ada tahun terkandas tengah jalan. Ada tahun sukses! Ada tahun hangat taik ayam.
Sebenarnya, tabung ni, ada 2 penyakit.
1. PENYAKIT OVERYAQIN
Hahaha saja aku bagi nama pelik sikit. Sebenarnya, OVER CONFIDENT ~ terlebih yakin haha…Oleh kerana amaun dia kecil, kita rasa senang je nak buat tu. Akibatnya, kita tak disiplin. Biasala, yang simple kan kita suka ambil enteng.
2. HANGAT TAIK AYAM
Ni memang penyakit semua lapisan masyarakat baik muda atau tua. Baik yang pernah jatuh atau tak pernah jatuh. Orang kaya ke miskin ke semua ada penyakit ni. Beza dia berlarutan atau tidak je.
Perangai mula-mula je bersemangat ni, memang ada.
Cuma, kena tawan la penyakit taik ayam ni.
MACAM MANA NAK TAWAN KAK ENA OIII?
Ok nah kak ena share apa kak ena amalkan.
Tips yang mendorong kak ena terus konsisten menyimpan tanpa mengelat setiap minggu.
1. Mesti ada JADUAL simpanan.
Rujuk gambar.
Korang isi.
Cuba isi kotak 1 tu amaun yang korang nak mula. Try la kalau RM10, hujung tahun ada berapa. Kalau letak RM30 permulaan, pastu print je.
2. Set REMINDER
Seminggu sekali, pilih mana-mana hari. Set ALARM. Kak Ena masukkan duit kat tabung tu setiap Isnin pukul 9 pagi. Ada sebab kak ena set ISNIN.
Ads
Ok dah set hari, So kita set alarm biar ada peringatan supaya bayar oi bayar.
Dulu aku rimas. Sebab macam orang mintak hutang. Tapi kalau tak buat, tak ingat kan?
So? Biar handphone kita mainkan peranan sebagai Mak Kutu.
3. Mesti ada matlamat
Kita ni perlukan SEMANGAT dan INSPIRASI untuk buat sesuatu. Biasalah. Baru semangat sikit. Jadi, kita shopping dulu kat google ke Lazada ke Shopee ke Ikea ke, pastu cari gambar tu, print.
Contoh:
Kalau korang tengok jadual kak ena tu, Kak Ena dah tulis kat atas tu, nak beli gelang emas bernilai RM12,000. So aku print gambar gelang tu. Siap laminate.
Pastu kak ena letak kat tepi meja mekap. Setiap pagi aku tengok. Insipirasi katanya.
Sebenarnya tengok setiap hari tu, bikin panas kan. Bakar diri sendiri bila tengok tu.
Semangat nak gi kerja setiap pagi. Semangat nak tunggu Isnin sampai sebab tak sabar nak masukkan FUND minggu ini
Tak sabar nak fund ni cukup. Tak sabar nak kumpul RM12,000 ni tahun ni.
Haaaa automatik kak ena tak mengelat la nak isi tabung tu! Semangat lagi ada la.
Tak sabar-sabar nak isi sebab nak gelang.
Ads
Ok
Itu inspirasi kak ena. Inspirasi korang apa? Nak beli rumah ke?
Nak buat beli tanah ke? Nak pergi Maldives ke, atau nak handphone baru ke. Lekas google sekarang pastu print ok?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat dan dikehendakiNya.
Hanya Dia yang tahu bila waktu yang terbaik untuk hambanya, Semua yang tertulis bukan di tangan manusia. Itulah ganjarannya kalau kita memilih untuk terus bersabar.
Pasangan ini menanti 10 tahun untuk menimang cahaya mata. Doa dan usaha yang tidak pernah putus-putus akhirnya membuahkan hasil.
Biar diuji dengan masalah kesihatan, namun isteri kesayangan pelakon dan pendakwah Adam Corrie tetap kuat. Kini mereka tidak sabar dan teruja menantikan kehadiran si kecil dalam melengkapi rumah tangga yang dibina.
Dua hari lalu, Adam menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi berita bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan. Kandungan yang belum cukup bulan itu bagaimana pun masih dalam pemerhatian doktor.
Hari ini, Adam Corrie menyatakan isterinya tidak jadi dibedah, sebaliknya mendapat pemantauan dari pihak hospital memandangkan dia mempunyai masalah darah tinggi.
Dia juga meminta maaf kerana isterinya tidak dapat membalas mesej atau panggilan daripada sesiapa yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya kerana perlu berehat.
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?. . Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?… . Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. . . Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️
Semoga Fazi kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai bakal ibu. Tak sabar tunggu si kecil ini lahir kan!
Sumber: IG Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meraikan Hari Raya Aidilfitri terasa tidak lengkap tanpa dijamah juadah lemang, ketupat dan rendang. Menu ini begitu istimewa dan bolehlah dikatakan menu wajib hidang di hari raya.
Menyentuh tentang ketupat, sebenarnya macam-macam jenis ketupat ada dan antara yang popular adalah ketupat nasi, ketupat palas dan ketupat pulut. Pun begitu, ada satu jenis ketupat yang dikongsikan oleh Hairul Hamid ini cukup unik.
Ketupat yang dimasak menggunakan beras pulut dan dibalut dengan daun pisang. Bila dihidang sekali pandang nampak macam dihiris seperti lemang, tapi bila dimakan berbeza rasanya kerana tidak dibakar tetapi dikukus.
Untuk itu, buat anda yang terpaksa beraya diperantauan tidak dapat balik ke kampung, bolehlah sediakan menu istimewa ini untuk juadah Hari Raya nanti. Nak tahu resipi dan cara membuatnya, di sini dikongsikan untuk semua dapat meyediakannya.
Beras pulut – 4 cawan
Santan – 2 biji kelapa
Daun pandan – 1 helai
Daun pisang – 1
Garam – Secukup rasa
Caranya
– Rendam beras pulut 2 jam
– Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
– Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
– Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
– Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
– Ok siap dah.
– Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅
Program #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama TV alHijrah, Sinar Harian, rakan sinergi media yang lain dan juga Rumah Ngaji seluruh Malaysia meneruskan misi Malaysia Quran Hour untuk kali ke-7.
Program tahun ini berlangsung isnin lalu menerusi medium Microsoft Teams dan TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Kali ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.