Melihat orang lain bercucuk tanam di laman rumah, kita juga ada keinginan untuk ada sekurang-kurangnya sepasu dua sebagai penyeri laman. Namun bimbang juga dek kerana kesibukan berkerja dan tugas-tugas lainnya, tidak terjaga pula pokok yang ditanam.
Maklumlah, tanaman perlu diberi penjagaan rapi untuk hidup subur dan setidak-tidaknya perlu disiram setiap hari. Andai terlupa disiram, maknanya pokok yang ditanam akan layu dan lama-kelamaan akan mati kekeringan.
Pun begitu, tahukah anda ada trik yang boleh dilakukan untuk pastikan kelembapan tanah boleh dikekalkan walaupun anda terlupa menyiram tanaman?Bagaimanakah caranya dan ini dikongsikan oleh Tuan Merpati Putih Vtecekoc. Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaat bersama.
Letakkan besen
Ada yang tanya kenapa letak besen bawah pasu…
Sebab nak kekalkan kelembapan tanah… sebab kadang tak sempat nak siram waktu pagi… jadi petang kadang dah layu…Solusinya… macam tu la… siram waktu petang…
Nanti tak jadi sarang nyamuk ke…? Ada yang tanya…
Caranya
Masa siram… alirkan air kat besen tu sampai melimpah… nyamuk tak suka àir yang baru… air yang terperam nyamuk suka…
sumber : Tuan Merpati Putih VtecEkoc via Berkebun D Rumah
“Dia Cukup Istimewa & Sempurna Untuk Saya.”Pilih Isteri OKU Kerdil, Pasangan Unik Ini Buktikan Cinta Tak Kenal Paras Rupa & Fizikal.
Pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati.
Justeru ungkapan cinta tak mengenal rupa sangat sesuai untuk menggambarkan pasangan yang cukup istimewa ini. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan yang ada diaanggap satu keistimewaan.
Demikian juga dengan pasangan Mohd Azran Zainal Abidin, 27 dan Siti Sarah Osman, 27, apabila memilih untuk bersatu sebagai suami isteri yang sah.
Fizikal Siti Sarah yang merupakan orang kurang upaya kategori kerdil bukan menjadi halangan untuk pasangan ini yang menyulam cinta sejak 2010.
Pasangan istimewa itu disatukan di rumah Siti Sarah di Jalan Melati, Kampung Sura, di sini, jam 10 malam pada Jumaat lalu.
Mohd Azran berkata, dia tidak melihat kecacatan isteri sebagai halangan untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
“Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit dan kesempurnaan fizikal kerana kelemahan itu menjadi indah dan sempurna apabila adanya rasa cinta.
“Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna untuk saya,” katanya yang berasal dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Putih, Kelantan.
Menceritakan kembali detik pengenalan mereka, Mohd Azran berkata, mereka mula berkawan selepas berjumpa ketika sama-sama menyertai Kem Motivasi Tingkatan Enam di Besut pada 2010 sebelum menjadi rapat.
“Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut sementara isteri pula pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif namun kami sekadar berkawan pada awal perkenalan sebelum timbul perasan sayang selepas merasai banyak keserasian.
“Saya tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap kami dan saya bersyukur apabila isteri menerima lamaran saya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pemasaran farmasi.
Bagi Siti Sarah pula, kesungguhan dan keikhlasan suami sepanjang perhubungan mereka membuatkan dia menerima lamaran suaminya.
“Biar pun serba kekurangan namun suami tidak melihat kelemahan itu dan bersedia untuk berkahwin dengan saya.
“Saya tidak pernah menagih simpati dengan kekurangan yang ada sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.
“Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka akan berkahwin secepat ini, ternyata Allah sentiasa adil dalam mencorakkan kehidupan setiap hambanya,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah.
Siti Sarah menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh dengan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik hati.
Sumber: Berita Harian & Teganukita.net
Semai Tembikai Dari Buah Yang Dibeli Sendiri. Kini Sudah 2 Kali Keluarga Ni Merasa Hasil Tuaian!
Umum membayangkan, untuk menanam tembikai memerlukan ruang atau sebuah ladang yang luas. Namun keluarga ini mengambil sedikit ruangan di laman rumah yang sebelum ini ditanam dengan rumput carpet, untuk dijadikan kawasan penanaman tembikai.
Lagi mengujakan, tanaman tembikai keluarga ini hidup subur malah hasil tuaiannya juga tidak menghampakan.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba bercucuk tanam buah tembikai yang menjadi antara buah-buahan kegemaran ramai ini, apa kata ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah ini. Jom semak.
Buah tembikai yang saya tanam.. jenerasi yang ke-2. Buah asal saya beli dari Aeon mall. Biji tembikai kita semai kembali.
Menyemai Biji Benih
Step 1 : Taburkan biji tembikai di atas pinggan yang dilapik dengan tisu.
Step 2 : Tutup dengan tisu dan basahkan tisu tersebut.
Step 3 : 2-3hari…tisu kering…tambahkan air supaya tisu basah (lembap)
Step 4 : Dalam 5-7hari biji tembikai dah keluarkan tunas..
Step 5 : Sediakan tapak semaian…takda tanah…terpaksa korbankan laman rumput carpet.
Step 6 : Buatkan lubang dan tanam biji benih yang bertunas tadi.
Akirnya, pokok tembikai yang disemai hidup dan membesar seterusnya mengeluarkan hasil untuk dituai.
sumber : Asrol Achoi via Kelab Kaki Kebun
Terus Menjadi Kebanggaan Negara. Kolaborasi Zach King Dan Sofyank Buat Ramai ‘Ternganga’. Ini Baru ‘Content Berilmu’ !
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Tahniah Sofyank!