“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.

Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.

Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.

“Tak Mewah Macam Dulu, Tapi Tetap Bahagia.” Tak Kecil Hati Dicop Tak Laku, Zaiton Sameon Kini Jual Rendang Sara Hidup!Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.

Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.

“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.

“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.

Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.

“Tak Mewah Macam Dulu, Tapi Tetap Bahagia.” Tak Kecil Hati Dicop Tak Laku, Zaiton Sameon Kini Jual Rendang Sara Hidup!“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.

“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.

“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.

IKLAN

Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.

“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.

“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.

Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.

“Tak Mewah Macam Dulu, Tapi Tetap Bahagia.” Tak Kecil Hati Dicop Tak Laku, Zaiton Sameon Kini Jual Rendang Sara Hidup!“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.

“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.

“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.

IKLAN

“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.

Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.

Sumber: Berita Harian Online

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI