Biasa kita tengok ‘me time’ selebriti bernama Hanis Zalikha adalah bercuti bersama kawan-kawan tanpa anak dan suami. Namun kali ini sebaliknya.

Dalam satu acara meraikan salah seorang rakannya yang bakal naik pelamin, percutian Hanis dan beberapa orang kawan  ke Pulau Pinang kali ini agak unik dan istimewa kerana masing-masing membawa anak-anak bersama.

“Tak Mudah Travel Dengan Anak Kecil, Tapi Ini Jadi Memori Kita.” Trip ‘Mak-Mak’ Hanis Zalikha Buktikan Dah Kahwin Pun Boleh  Bercuti Dengan Kawan!

Berkongsi hal tersebut di laman instagramnya, akui Hanis itu merupakan kali pertama dan bukan mudah melaksanakannya ditambah dengan kehadiran anak kecil.

Girls trip and kids! The very first. May Allah ease

IKLAN

Percutian yang digelar ‘mak-mak’ itu disertai oleh empat orang rakannya. Memilih lokasi Pulau Pinang hujung minggu yang lalu, namun menurut Hanis kemeriahan tetap dirasai bahkan masing-masing seronok dan ‘bonding time’.

“Tak Mudah Travel Dengan Anak Kecil, Tapi Ini Jadi Memori Kita.” Trip ‘Mak-Mak’ Hanis Zalikha Buktikan Dah Kahwin Pun Boleh  Bercuti Dengan Kawan!

 

IKLAN

Seronok trip kali ni pilih weekend yang pendek. Jadi tak ramai orang. Dia punya lengang tu siap Yusuf boleh jalan2 cari aiskrim durian dengan Aunty Wani dekat lorong cendol ni.

Program yang dilakukan Hanis dan rakan-rakan ini menunjukkan bahwa biarpun sudah berkahwin dan memiliki anak, namun ikatan persahabatan tetap utuh dan masih boleh keluar bersama. Seronok kan dapat bercuti bersama kawan-kawan. Teringat pula zaman bujang.

IKLAN

Tak mudah tapi sukses

“Bersyukur that this trip happened. Walaupun bukan senang dengan bayi 2 dan 3 bulan dan budak 1 dan 2 tahun. Tapi kelecehan dan kekalutan dan kekecohan inilah yang jadi memori kita nak gelak balik sampai bila bila. Tengok dua budak kalut tu sibuk makan je tak kisah apa, camtulah we should live our life,” tulisnya dalam kapsyen.

Sumber: IG haniszalikha

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI