Perkahwinan ni ada fasanya.  Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga. Ketika ini kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu. Apa yang dia suka, apa yang dia  tak suka, cara dia, tabiat dia dan paling penting lagi jika kewangan kita waktu tu “cukup-cukup makan”.

Isteri yang bersusah payah dengan kita tu, yang pergi kerja naik motor,  kena hujan basah sama-sama, yang tidur atas toto atas lantai mula-mula kahwin, yang sama-sama boleh makan maggi, kira duit syiling waktu tengah bulan dengan kita, itulah isteri dunia akhirat kita.

Hargai isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sesekali memberikan hadiah sebagi tanda penghargaan tidak salah kan. Tapi hadiah bukan pengukur kasih sayang. Kena ingat tu.


 

Bila last hadiahkan isteri barang kemas? Dulu masa mula-mula kahwin…Bila last beli baju baru, beg duit baru, kasut baru kat isteri? Raya tahun lepas…

Bila last bawa isteri jalan-jalan? Bila last bawa isteri keluar makan?

Tapi adakah semua tu penting untuk isteri? Orang pompuan ni, perkara yang paling penting bagi dia hanyalah untuk kita menjadi seorang suami yang baik, yang menunaikan nafkah, yang menyediakan makan minum secukupnya, yang tahu memahami dan menghargai untuk apa yang dia dah buat kepada kita…walaupun sekadar kata-kata sahaja…

Tak bagi barang kemas, tak beli baju baru, beg baru, tak bawa bercuti…tak apa, as long as jadi suami yang baik, tak curang, tak main pompuan lain, boleh buat keputusan untuk keluarga sendiri tanpa perlu mendengar kata-kata orang lain.

Kalau tiap2-tiap bulan bagi barang kemas, tapi curang, kalau tiap-tiap minggu beli baju baru, tapi hala tuju keluarga semua orang lain yang tentukan, maka tak guna…harta benda tu takkan dapat mengubati apa yang dia rasa dan lalui sebagai seorang isteri…

Tak perlu jadi kaya untuk buat isteri bahagia, cukup dengan tahu apa yang sepatutnya seorang suami buat dalam rumahtangga…itu dah cukup untuk dia.

Sumber: FB Firdaus Shakirin 

Tinggalkan Komen