Bagi menentukan tanaman yang ditanam hidup subur, biasanya kita akan memastikan untuk melakukan proses membaja mengikut jadual-jadual tertentu. Pun begitu, tidak dinafikan, kadang kala membuatkan ada yang terlupa apatah lagi andai tanaman yang ditanam di dalam pasu cuma ada beberapa pokok sahaja. Tidak kurang juga, ada yang sibuk dengan urusan lain hingga lupa untuk menabur baja pada tumbuhan yang ditanam.

Oleh itu, ada bagusnya anda mencuba teknik ini yang dikongsikan diakaun fb Enkay Nik Mustaffa ini, tanpa perlu memikirkan masa untuk membaja tanaman berpasu, namun tanaman tetap mendapat nutrisinya dengan cara dan teknik istimewa. Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian bermanfaat ini.

Bekas tanaman dari bahan kos rendah
Alhamdulillah, pagi tadi saya dijemput untuk membuat demo bagi tanaman yang menyokong diet sihat. Jadi, tanaman yang dibawa adalah tumbuhan yang memberi perisa dan rasa sedap tanpa menggunakan perisa tambahan seperti daun ketumbar, daun sup, cili, daun kunyit dan kesum.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

Seperti biasa, bekas yang saya gunakan adalah dari bahan kos rendah. Kali ini saya sekalikan dengan bekas kompos sisa dapur. Saya menggunakan tong air, disembur cat. Langkah penanaman ada pada setiap gambar.

Step 1 : Tong air, disembur cat dan dilubangkan disisi. Tinggikan lebih kurang 2 inci sebagai tempat simpanan air.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

 

Step 2 : Bekas terpakai (bekas biskut raya) dilubangkan di sisi.

IKLAN

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

 

Step 3 : Masukkan tanah ke dalam tong sehingga ke paras yang diperlukan.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

 

IKLAN

Step 4 : Letakkan bekas yang akan menjadi bekas kompos.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

 

Step 5 : Tambahkan sedikit tanah lagi.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

IKLAN

Step 6 : Tanam anak pokok. Saya menggunakan pokok kucai. Semasa demo di MHI, saya tanamkan pokok ketumbar, pokok bayam brazil dan pokok kucai.

Tak Perlu Risaukan Bab Nak Letak Baja Tanaman Berpasu. Triknya, Kena Ikut Cara Ni. Mudah Sangat & Jimat!

Ini rupanya bekas tanaman. Bekas bertutup ini kita akan masukkan sisa dapur seperti kulit kentang, sisa sayur, nasi tak habis, perut ikan cuma elakkan lemak, kulit ayam, kulit buah citrus dan kemudian dicampur dengan gula merah.

Tak perlu letak air. Sisa tadi dibasuh dan disejat, kemudian gaul dengan gula merah. Rationya 1:1
Ekstra tip : 

Saya menggabungkan beberapa jenis tanaman supaya kita dapat meminimakan penggunaan ruang dan medium (medium beli pakai liter -mahal). Bahkan ia praktikal dan boleh ditanam di setiap rumah sama ada flat, ppr, kondominium atau rumah teres.

Tak perlu risaukan terlupa nak letak baja atau air dalam tempoh seminggu dua kerana ada bekas kompos yang sedia membekalkan nutrien.

Saya menggalakkan penggunaan baja dari dapur supaya kita dapat menjimatkan belanja pembelian baja dan mengurangkan pembuangan sisa domestik. Benda boleh dapat free, untuk apa kita membeli?

Semoga perkongsian ini memberikan manfaaf untuk semua.

sumber : Enkay Nik Mustaffa via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI