Berkongsi dan mencuba pelbagai resipi masakan yang sedia ada di media sosial sudah menjadi kelaziman ibu-ibu masa kini. Ini sebagaimana perkongsian daripada Lyyn Rizky, berkongsi cara membuat keropok lekor yang dipelajarinya di group MAHN daripada sharing Puan Noorhidayah Dayah Wahid.
Terbukti, ‘berguru’ di media sosial juga menjanjikan hasil masakan yang menjadi dan enak rasanya.
Dan ini pula versi sharing daripada Lyyn Rizky
Step 1
Ikan Kembung / Selayang 1 kg dibersihkan- ambil isi shj
STEP 2
Isi ikan mentah diblend tanpa air
STEP 3
Isi ikan yg sudah diblend
STEP 4
Satukan semua bahan1 1/2 cwn tepung ubi kayu( alternatif dri tepung sagu), garam 2 sudu kecil, ajinamoto/ maggi cukup rasa 1 sudu kecil dan baking powder 2 sudu kecil. Gaul sampai rata.
STEP 5
Uli & bentukkan kecil2 smpai habis.. Sy dpt 30 pcs utk adunan ni.. lepas siap bentuk camni,
~ rebus air + minyak 2 sudu mkn + garam sedikit-Masukkan adunan yg sudah dibentukkan bila air dah menggelegak
STEP 6
Rebus sampai timbul, angkat & toskan,sejukkan sebentar lps tu dah blh goreng- nk potong2 atau nk goreng seketul2 camni pon boleh.
STEP 7
Siap goreng & hidang bersama sos keropok losong T’ganu / sos cili biasa- ikut suka
“Bulan Depan Bertambah Ahli…” Ezzaty Hamil Anak Kedua, Azwan Kombos Akui Tiada Niat Berahsia, Mohon Titip Doa!
Dalam diam-diam pelakon, Ezzaty Abdullah kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Azwan Kombos yang melahirkan rasa syukur selepas memaklumkan keluarga kecil mereka bakal bertambah tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dimuatnaik sendiri bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos, kandungan isterinya itu kini dilaporkan telah pun menginjak usia lapan bulan.
Akui Azwan, mereka tidak berniat menyembunyikan berita kehamilan tersebut, namun, tiada masa yang sesuai untuk berkongsikan berita tersebut.
“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yg sesuai,” tulisnya.
Azwan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri serta kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya lagi.
Turut berkongsi berita tersebut Ezzaty menerusi akaun Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, dia mengakui teruja apabila bakal bertambah ahli keluarga tidak lama lagi.
“Next month bertambah bilangan keluarga kami InsyaAllah,” ungkap Ezzaty.
Sumber: azwankombos & ezzatyabdullah
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Begini Cara Betul Guna Baja Ajinomoto. Siram Dekat Tanah Bukan Pokok, Seminggu Sekali. Confirm Menjadi!!
Ajinomoto kaya dgn MSG yang mampu membantu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah.
Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Yang penting, tak perlu siram selalu, seminggu sekali je. Selain mudah nak buat, kosnya juga murah.Jom admin kongsikan cara buat baja pokok guna ajinomoto.
AJINOMOTO UNTUK BAJA TANAMAN
Cara Menggunakan Baja Air Ajinamoto yang Betul.
Satu paket kecil ajinamoto 33g campur dgn satu baldi air.
Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tue baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok. Siram sekali seminggu sahaja. InsyaAllah menjadi.
Biasa kami siram pakai air baja ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok kunyit, limau purut, serai, pandan.
Selain perkongsian dari Growfigs , ada juga pengguna Facebook iaitu puan Rozie Ziejy turut memuat naik cara membuat baja menggunakan ajinomoto.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok..
PERTAMA:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudh cuba keadah ini ..mmg berkesan dn bhasil
Tak Hanya Buat Sambal, 5 Resipi Kreatif Guna Sardin Tin, Super Sedap!
Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!