Kata orang hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Itu jugalah dalam hendak tunaikan keinginan merasai kek yang dimasak sendiri walaupun kelengkapan tidak mencukupi. Pasti selagi ada cara, akan dicuba untuk realisasikan.

Untuk itu, terhasillah eksperimen memasak kek coklat di dalam periuk nasi elektrik sebagaimana yang dilakukan oleh puan Marziah ini.

Ini kaedahnya kalau sesiapa ingin mencuba!

Kek coklat masak guna rice cooker…alhamdulillah menjadi..Tak ade oven? Tak ade pengukus? Tapi teringin nak masak kek coklat..? Cuba guna rice cooker..semua rumah ade rice cooker kan..ni kali kedua masak kek dalam rice cooker..sebelum ni masak kek minyak..menjadi jugak..sedap.

KEK COKLAT MASAK GUNA RICE COOKER

Bahan-Bahan Kek Coklat (Menggunakan sukatan cawan)

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali.

+Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang..saya guna garfu je…godek-godek dalam bekas… Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.  ( campuran yang dimasak atas dapur) tunggu sejuk or suam-suam sikit.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Sapukan marjerin pada periuk nasi..letak adunan tadi dalam periuk nasi..

+ letak periuk nasi yang ada adunan kek coklat dalam rice cooker…on kan plug kemudian tekan butang ke bawah..dalam beberapa minit butang tu akan naik semula…tunggu 10-15 minit tekan semula butang tu…ulang tekan sampai kek masak…saya buat dalam 4,5kli tekan gak..sebab lepas tekan dalam 2,3minit butang akan naik semula..

+ selepas setengah jam..buka penutup dan cucuk kek dengn lidi..kalau masih melekat kek tak masak lagi..tunggu sekejap lagi dan cucuk lagi dengan lidi..saya masak dalam 45 minit dah masak kek tu..

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Sumber : Marziah Zulkiplie via MAHN