Masak apa hari ni ibu-ibu semua? Menu berat atau ala kadar saja. Atau ada yang tak tahu nak masak apa lagi.
Bagi yang tengah buntu fikir menu berbuka, jom kita tengok cara memasak sup gearbox. Bolehlah cuba nanti kan!
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Hazirah Maulana menerusi facebooknya.
Hari ni tekak terasa nak makan tulang gearbox. Pekena pulak dengan sambal kicap pedas. pehh ya ampun sedap nya! Tetibe perut menyanyi lagu keroncong.
.
Hari ni masak awal. Guna pulak pressure cooker, campak campak terus tinggal. Dah masak nanti kompem isi dia lembut. Sekali gigit rapuh di mulut melekat di hati.
.
Nah lah kite bagi resepi je terus. malas nak describe panjang. Kang ade yg terliur terkenangkan isi sum sum dalam tulang tu yg boleh sedut guna straw ?
.
Ni lah dia sup gearbox cara mudah dan cepat untuk menu berbuka puasa. Selamat mencuba
Bahan-bahan:
Cara membuat:
- Rebus sekejap dalam 15 minit pastu buang air nya.
2. Sementara gearbox direbus sekejap kite tumis bahan ni. Dah layu masukkan rempah sup.
3. Isi air dalam pressure cooker. Masukkan semua bahan tumis, gerbox, garam, perasa dan bawang goreng. Lepas 45 minit siap di masak. Dah masak, Letak kan carot dan tutup pressure cooker dalam 15 minit utk empukkan carot pulak. Tak leh letak carot awal kalau tak dengan carot carot layu di tasik madu. Kihkih
Ini rupa sup gearbox kite. Selamat mencuba?
Sumber: FB Hazirah Maulana
Diet Musim Raya Akan Lebih Berjaya Bila Ikut 11 Cara Ni!
Bila cakap bab berdiet untuk kurus, bunyinya macam mudah. Tapi ramai juga yang gagal melaksanakannya.Lebih-lebih lagi masa musim perayaan ini yang semestinya sana sini menu yang dihidangkan untuk tetamu enak-enak belaka.
Di sini ada 11 cara diet yang bukan sahaja boleh turunkan berat badan, malah menyihatkan pula bila diamalkan.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini.
Ramai mengeluh sebab susah sangat hendak turunkan berat badan. Betul?
Apabila sudah turun, cepat pula naik beratnya. Tak konsisten. Motivasi untuk terus berdiet juga mudah hilang. Anda pernah rasa perasaan seperti ini?
Saya kongsi cara pemakanan dan diet terbaik yang membolehkan anda lebih mudah konsisten dengan diet harian. Jom ikut 11 langkah ini.
1.Makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari (sarapan, makan tengah hari, dan makan malam); Penting untuk diingat bahawa makan malam tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Dapat lima kali pun bagus.
2.Sebahagian besar pengambilan makanan harus terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Bahagikan hidangan makanan anda seimbang semua aspek termasuk ayam, ikan, kacang, telur, dan kacang.
3.Pilih makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam (sodium), dan gula tambahan; lihat label item yang disenaraikan pada label makanan.
4.Saiz dan portion makanan; makan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi untuk menghilangkan lapar saja dan kemudian berhenti makan. Tak perlu sehingga betul-betul kenyang.
5.Makanan ringan boleh diterima dalam kesederhanaan dan harus terdiri daripada makanan seperti buah, biji-bijian, atau kacang untuk menghilangkan kelaparan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan.
6.Elakkan minuman manis dan bergula yang tinggi kerana kalori yang berlebihan dalam minuman tersebut.
7.Elakkan makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur untuk mengurangkan refluks gastroesophageal dan berat badan berlebihan.
8.Sekiranya seseorang marah atau tertekan, makan tidak akan menyelesaikan situasi ini dan boleh menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Kawal emosi anda adalah kuncinya.
9.Elakkan memberi ganjaran kepada kanak-kanak dengan makanan ringan manis; kaedah dan amalan sedemikian boleh menjadi kebiasaan seumur hidup mereka. Termasuk kita juga.
10.Gaya hidup vegetarian telah mula dipromosikan untuk gaya hidup sihat dan penurunan berat badan; vegetarian harus memeriksa dengan doktor mereka untuk memastikan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan besi dalam makanan mereka.
11.Makanan yang dimasak akan memusnahkan bakteria-bakteria berbahaya dan patogen lain; jika anda memilih untuk makan makanan mentah seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, ia harus dibasuh dengan air yang benar-benar bersih (selamat untuk diminum) sebelum minum atau memakannya.
sumber : Dr. Ezairy M. Sallih
“Sebab Tu Ramai Isteri Uruskan Hal Belanjawan Keluarga.” Gambar Wanita Beratur Ramai Nak Bayar Makanan, Jadi Pertikaian Warganet!
Lihat gambar ini, sudah tentu ada yang rindu nak ‘dine in’ bersama rakan-rakan. Inilah me time buat kita semua. Bersembang bersama mengenai kehidupan begitu membahagiakan. Dapat juga berkongsi suka duka serta luahan perasaan kepada sahabat karib.
Tak kira lah lelaki atau perempuan, momen makan bersama teman itu sudah pasti perkara yang dinginkan setelah hampir 3 bulan SOP ketat dilaksanakan yang tidak membenarkan tempat makanan dikunjungi ramai.
Apa yang menarik tular di media sosial, sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan wanita kelihatan beratur secara beramai-ramai untuk membayar makanan sedangkan mereka makan semeja berbual mesra. Manakala lelaki dikatakan lebih santai dengan hanya mewakilkan seorang teman untuk membayar bil makanan.
Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warganet, masing-masing mempunyai pendapat.
Ikuti perkongsian ini.
Orang pempuan kalau makan ramai-ramai, time nak bayar, kena kira satu-satu. Takleh terlebih terkurang. Balik tu siap ada spreadsheet resit, nak kena kira balik betul ke bayar dengan exact amount. Terlebih kang nak kena claim kat member yang terkurang.
Orang laki jugak yang rilek. Cincai kira makan apa, minum apa. Letak duit atas meja. Kumpulkan. Orang last letak duit pergi bayar kat kaunter. Kalau tak cukup, ada la yang tolong topupkan nanti. Kalau terlebih, rezeki si tukang bayar. Terlebih terkurang, kira halal.
Komen kaum perempuan
Komen kaum lelaki
Sumber: Cempedak Cheese
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Saiful Nang Guna “Sistem Roll Call Adaptasi Daripada Disiplin Solat Untuk Didik Anak. Ibu Bapa Patut Baca Ni!
Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
- Jadi ibu bapa yang sensitif dan kasyaf memerhatikan gerak geri anak.
- Tajamkan pertimbangan kita dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
- Pada zaman ini “It takes a community to raise a child”.Jadi, kami biasakan anak-anak bergaul dengan anak yatim dan asnaf di RPWP.
- Tiada yang lebih baik selain dari apa yang telah ditunjukkan uswahnya dari rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
- Berhenti melihat kepada corak keibubapaan cara barat kerana sebahagian yang baik yang mereka lakukan juga adalah cedokan sistem Islam yang telah lama dipraktik oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
- Secanggih manapun teknologi, pendidikan rohani anak tidak mungkin berlaku dengan sentuhan teknologi tetapi melalui sentuhan seorang ibu dan ketegasan seorang bapa.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016