Perkahwinan selebriti ini  dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sudah memasuki tahun ke 7. Namun mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Begitu pun Mizz Nina, tidak menganggap ia sebagai satu kekurangan bahkan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah.

“Bagi saya, kalau nak bercakap mengenai sukses dalam hidup, tidak hanya dikaitkan dengan mempunyai anak mahupun ada suami atau isteri.

“Sukses dalam hidup bagi saya adalah akhirat. Apa yang dikira untuk ke syurga adalah perbuatan baik kita. Tiada gerenti apabila saya mempunyai suami atau anak, saya akan ke syurga.

Beliau sebelum ini  pernah menjalani rawatan IVF  namun belum ada rezek.

Pada awal perkahwinan, memang ada rasa sedih bila ditanya soal anak tetapi apabila semakin mendalami Islam, perkara ini membuka mata kepada pelbagai hikmah Allah.

“Kalau kita tidak punya anak, tidak berkahwin dan sebagainya tidak bermakna kita tidak bahagia. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan boleh mencari bahagia dengan cara lain yang memfokus kepada akhirat.

“Apabila masih tidak ada anak, saya dapat memfokus kepada kerja-kerja kemanusian dan majlis-majlis keilmuan yang saya anjurkan bersama syarikat saya, DOPS TV.

Dalam perkembangan lain, Nina dan Noh akan berangkat ke Turki pada 26 Ogos bagi menyertai misi kemanusiaan sempena Aidiladha.

“Insya-Allah saya bersama Noh akan meluangkan seminggu di Turki. Teruja melihat bagaimana budaya mereka menyambut Aidiladha dan doakanlah misi kami ini selamat.

Belajar kelas online

Beliau yang mengakui tidak lagi berminat untuk menyanyi kini sibuk mendalami ilmu agama melalui kelas online  dalam Diploma Pengajian Islam.

Mizz Nina mengambil pengkhususan Taklim al-Quran di Alhuda International  dan berhasrat menghabiskan pengajiannya itu dalam tempoh 2 tahun.

“Banyak subjek sebenarnya yang ada seperti tafsiran, hadis, sirah dan ada juga peperiksaan. Belajar secara ‘online’ adalah suatu yang menyeronokkan.

Jelasnya, dia yang banyak melancong dan melakukan penggambaran di luar negara tetap mudah untuk belajar menerusi komputer riba yang disambung menerusi WiFi.

“Saya boleh belajar secara ‘live’ di dalam kelas dan jika terlepas kelas, saya boleh mendengar rakaman semula.

“Ada kelas menerusi aplikasi Skype bersama pensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat.

“Kelas diadakan sebanyak 3 kali seminggu untuk sesi selama 4 jam setiap kelas.

Sumber: Berita harian & Astro Gempak

Tinggalkan Komen