Memasak memang seronok, tetapi bila sampai bab nak bersihkan tu mula la lemau. Nak nak lagi apabila bahan masakan terpercik sana sini terutama sekali jika memasak sambal.
Pasti akan ada kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak?
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Sirap limau
“Mak… Dhuha Pinjam Dulu Duit. Balik Rumah Dhuha Bayar.” Hanya Dua Barang, Ibu Ni Kongsi Tip Anak Ajar Berbelanja Di Kedai!
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri Dalam mendidik anak.-anak. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah namun itulah momen yang cukup manis untuk dikenang kelak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak ramai.
Bagi yang masih kecil, pantang jumpa benda yang menarik perhatian mula merengek nak Minta dibelikan. Terutama apabila dibawa ke kedai atau pasaraya,barang mainan jadi perhatian.
Ibu bernama Mai Izyani berkongsi tip bagaimana dia mendisiplinkan anaknya tatkala dibawa ke kedai.
Hanya dua barang!
Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.
Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye. Pinggit. Comel sangat.
Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima rnggit pun dia letak ‘satu pinggit.’
Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.
Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.
Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.
Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.
Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi. 😊
Sumber: Mai Izyani
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Ajaibnya Air Tangan Ibu, Masak Apa Pun Semuanya Sedap. Itulah Keberkatan Untuk Anak Ingat Sampai Bila-bila!
Jika ditanya masakan paling sedap yang pernah dimakan. Sudah tentu ramai akan menjawab masakan ibu! Bahkan bila setiap kali balik kampung, ibu masak hidangan ringkas seperti sambal telur sekali pun sudah terasa sedap asalkan ibu yang masak. Cukup ajaib!
Begitu juga apa yang ingin dikongsikan oleh Nursyuhada Ab Wahab yang merupakan seorang ahli akademik di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai. Menurutnya, pergilah menikmati makanan di hotel paling mewah atau restoran paling ekslusif mahupun makanan yang paling eksotik sekalipun, masakan ibu sendiri adalah makanan yang paling sedap di hati semua orang. Seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya andai terpaksa merantau atau terpisah sekian lama. Mengapa?
Itulah keajaiban ‘air tangan’ seorang ibu. Peribahasa air tangan bermaksud masakan seseorang. Air tangan yang dimaksudkan bukan sebatian kimia yang berbentuk cecair dalam erti kata fizikal dan material. Air tangan yang dimaksudkan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, keikhlasan, ketulusan dan kesungguhan dari hati seorang ibu yang memasak makanan untuk anaknya. Hati yang tulus itulah yang mengalirkan kasih sayang melalui anggota tangan yang memasak untuk santapan seisi keluarga.
Banyak faktor yang menjawab keajaiban masakan seorang ibu. Ibu yang menyediakan makanan adalah didorong untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak kesayangan berbeza pula dengan seorang chef hotel atau tukang masak di restoran yang menjalankan tugas memasak atas dorongan ganjaran material berbentuk wang ringgit.
Masakan seorang ibu lebih istimewa berbanding makanan lain kerana tidak dinafikan istimewanya naluri seorang ibu. Hanya ibu yang lebih mengenali dan mengetahui makanan kegemaran setiap orang anaknya. Justeru, seorang ibu yang menyediakan makanan kegemaran anak-anak tidak langsung mengharapkan balasan ataupun ganjaran seperti seorang chef atau tukang masak, malahan dilakukan dengan penuh rasa kasih dan sayang. Keikhlasan yang dibuktikan oleh seorang ibu inilah menjadikan ramuan dan resipi masakannya ibarat memiliki suatu rahsia yang tersembunyi.
Antara rahsia lain istimewanya masakan ibu ialah jaminan makanan yang bersih, suci dan berkhasiat. Penyediaan makanan melalui banyak proses bermula dari menyiang, mengupas, memotong, membasuh, menggaul, menguli, menumis, menggoreng, dan lain-lain proses yang secara langsung melibatkan sentuhan tangan. Jari jemari dan tangan ibulah yang paling banyak menyentuh bahan-bahan untuk dimasak. Ibu akan memastikan semua bahan adalah bersih dan bermutu tinggi. Hati naluri seorang ibu akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Ajaibnya masakan ibu juga ialah kerana doa-doa yang dipanjatkan dan zikir-zikir yang dialunkan ketika menyediakan makanan tersebut. Doa dan zikir ini akan mengalir ke dalam makanan yang dimasak dan seterusnya dinikmati oleh anak-anak. Banyak zikir dan doa yang diajarkan dalam Islam khusus untuk diamalkan oleh para ibu ketika menyediakan juadah untuk santapan seisi keluarga.
Oleh yang demikian, para ibu sangat digalakkan menyediakan masakan dari rumah untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tidak perlu masakan yang eksotik, gah ataupun penuh dengan dekorasi yang hebat, cukup hanya hidangan yang ringkas untuk dinikmati tetapi bakal menjadi makanan yang sangat dirindui suatu hari nanti. Air tangan seorang ibu tiada tolok bandingnya.
Sumber : Nursyuhada’ Ab Wahab
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
[VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Begitulah jawapan spontan dari pelakon Datuk Fizz Fairuz mengenai isterinya Datin Almy Nadia setelah manis bertudung litup.
Sejak akhir-akhir ini di media sosial, ramai peminat menyedari akan penampilan baru Almy Nadia.
Terdahulu menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Fizz hanya menulis caption ringkas penuh makna.
“Alhamdulillah..no caption. Just sad…tq Allah.”
@keluargamag Terkini: Almy Nadia manis bertudung, akhirnya ini luahan spontan Fizz Fairuz! #almynadia #fizzfairuz #almynadiabertudung #fyp ♬ bunyi asal – Majalah Keluarga
Tak Pernah Paksa Pakai Tudung
Berkongsi berita baik itu, majalah keluarga berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat ini sewaktu sesi penggambaran Projek Cuti Keluarga Dan Keluarga Gader anjuran Majalah Keluarga di Taman Tema Legoland baru-baru ini, Fizz Fairuz menjawab soalan dengan tenang penuh makna mengenai penampilan baru isteri tersayang.
Kata Fizz Fairuz kepada majalah keluarga bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya untuk memakai tudung.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Namun dia tidak sangka selepas habis penggambaran filem Mat Tudung 2, isterinya meluahkan hasrat ingin bertudung.
Bagaimanpun Fizz mengakui tidak terkejut dengan perubahan isterinya lantaran sebelum ini Almy pernah bertanya mengenai hal itu.
“Jadi hari berikutnya habis shoting filem Mat Tudung 2, esoknya dia pakai tudung. Tapi saya tak adalah terkejut,” ujarnya berterus terang.
Dah Tiba Masanya
Malah katanya lagi, Almy pernah bertanya sama ada dia menyukai penampilan dirinya dengan memakai tudung. Sebaliknya Fizz menasihati isterinya bahawa pemakaian tudung itu bukan sebab dirinya tetapi kerana Allah.
“Allah dah bagi you masa. Dapat anak, dapat itu ini. Ini hadiah dari Allah. Cara memakai tudung.”
Doa Yang Terbaik Buat Isteri
Fizz Fairus memberitahu sebagai suami dia boleh bersikap memaksa isterinya memandangkan ahli keluarganya lain turut bertudung namun tidak.
Malah bersyukur dan mendoakan yang terbaik dengan penampilan baru isterinya.
“Sebagai suami, saya boleh paksa. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau terbuka hatinya nak pakai tudung. Jika belum bersedia, ‘its up to you.’”
“Jika rujuk kepada saya, sudah mestinya. Mak, kakak saya semua memakai tudung. Mak dan adiknya pun memakai tudung. Dah cukup masanya memakai tudung. Dah sampai panggilannya tu. Saya berdoa mana yang terbaik buatnya.”
Tudung Neelofa
Siapa sangka penggambaran filem Mat Tudung 2, menjentik hati Almy Nadia untuk bertudung. Kebetulan tudung yang digunakan untuk penggambaran adalah tajaan dari Neelofa.
Kata Fizz, ketika menggunakan tudung untuk penggambaran, Almy ada memuji tudung Neelofa cantik dan ingin memakainya. Pada awalnya dia tidak menyedari niat isterinya ketika itu.
“Sejak Almy bertudung ni belum ada kesempatan lagi membeli tudung. Tudung untuk filem yang ditaja oleh Neelofa, Almy pakai.”
Katanya lagi, sepatutnya tudung tajaan harus dipulangkan semula. Namun Neelofa memberikan ia sebagai hadiah buat Almy dan meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata positif dengan perubahan rakan artisnya.
Sumber: TikTok: Majalah Keluarga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club