Dia telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.

Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.


Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, berkata, pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.

“Jauh di sudut hati saya ada satu perkatra yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.

View this post on Instagram

Jom join sekali Ahad ni

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.

Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.

Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu,  saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.

‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”

IKLAN

“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.

Tambahnya lagi,  maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;

IKLAN

“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”

Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”

Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.

Sumber: Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew