Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini, orangnya cantik, terpuji akhlak dan lemah lembut bicaranya. Beliau sewajarnya layak dijadikan inspirasi buat kita wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Bukan sahaja semata-mata menjadikan contoh dalam membentuk peribadi diri, tetapi juga melihat usaha dan semangatnya dalam menuntut ilmu.
Jujur kita boleh katakan, memegang status seorang ibu dan dalam masa yang sama aktif sebagai pendakwah, pensyarah, penulis buku, panel di radio IKIM FM dan banyak lagi jawatan yang disandang, bukan calang-calang pengorbanan telah dilakukannya hingga berjaya pula menyambung pelajaran ke peringkah PhD.
Kegigihan dan kesanggupan beliau untuk bekerja keras menuntut ilmu, cukup luar biasa. Akhirnya, detik manis itu, terakam indah pada Oktober 2018 yang lalu.
Lantas, pasti ramai ibu-ibu terinspirasi dengan kejayaan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini dan begitu jugalah apa yang dirasai oleh Puan Nurul Husna Kamarudin Berkongsi rasa keterujaan di akaun fbnya dan turut memohon didoakan berjaya juga menjadi another “beauty with brain” seperti Ustazah Datuk Norhafizah Musa ini.
Apa yang pasti, beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya dan pengajian, malah cukup beruntung dikurniakan keluarga yang cukup bahagia. Hidup bersama suami tercinta Dr. Azahar Yaakub dengan dikurniakan tujuan orang anak sebagai pelengkap keluarga bahagia.
sumber : Instagram ustazahnorhafizahmusa
Aaron Aziz Sekeluarga Ke Jepun Anak Sulung Berjaya Tamat Belajar! “Muka Pun Dah Macam Orang Sana”
Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
“SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur.
“Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
“Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.” tambahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Danish sambil berseloroh mengatakan wajahnya seperti orang Jepun.
Sumber: Instagram
Ayah Tak Sangka Sering Tanya Makan Minum, Petanda Tiga Anak ‘Pergi’
Ayah Tak Sangka Sering Tanya Makan Minum, Petanda Tiga Anak ‘Pergi’
Sayu melihat keadaan seorang ayah berkali-kali mengucup tiga orang anak yang menghadap Sang Pencipta secara serentak.
Siapa kita untuk menidakkan setiap apa yang tertulis di Luh Mahfuz takkan berubah kerana luasnya ilmu Allah itu tak terjangkau dengan akal fikiran kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78)
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Reda dengan pemergian ke dunia abadi buat anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik, kelihatan Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nadzir memberitahu bahawa sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayannya sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum.
Katanya, jika meminta mahu makan, mereka segera menyediakannya. Namun dirinya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru menyedari akan akan perubahan itu.
REDA DENGAN TAKDIR
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda.
KUCUPAN TERAKHIR BUAT SEORANG AYAH
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Isteri Anggap Suami BFF Dunia Akhirat. Sebab Tu Bila Dia Luah Perasaan, Suami Jangan Terus Naik Angin
“Perempuan ni lepas dah kahwin, dunianya adalah suaminya.”
Mungkin anda pernah dengar ayat begini kan? Sememangnya tak dinafikan sesetengah wanita memilih untuk mendahulukan keluarga dari segala-galanya.
Kalau dulu boleh lepak atau keluar berjalan-jalan dengan kawan, namun selepas berkahwin dan punya anak, dunianya hanyalah di rumah. Kerana itu, segala masalah atau apa sahaja cerita mahu diadukan kepada suami. Dari sekecil-kecil hal, sehinggalah sebesar-besar masalah, semuanya akan diceritakan tanpa tertinggal sedikit pun.
Tujuannya cuma satu, mahu berkongsi dengan suami dalam segala hal. Dia menganggap suami ibarat sahabat baik, teman yang ada untuk susah dan senang. Justeru, sebagai suami, apa salahnya luangkan sedikit masa dan tadah telinga dan hulurkan bahu untuk disandarkan buat isteri.
Sekalipun penat di pejabat belum hilang, lupakan seketika dan tumpukan pada insan yang banyak berkorban buat anda. Suami yang baik adalah suami yang boleh menjadi pendengar yang baik kepada isteri dan tidak semua orang memiliki bakat itu.
Ibu bernama Syahirah Omar ini berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Buat lelaki bergelar isteri, marilah sama-sama memahami isi hati makhluk aneh bernama isteri.
Memahami Makhluk Aneh Bernama Isteri.
Isteri: Abang ok harini?
Suami: Ok.
Isteri: Abang nak makan apa harini? Saya masakkan.
Suami: Tak kisah. Apa pun boleh.
Isteri: Nak pergi mana cuti sekolah ni abang? Abang ada plan tak nak bawak kami kemana?
Suami: Tak ada. Awak nak kemana mana ke?
Isteri: Kenapa ye kalau dengan kawan abang, beria sangat abang berbual! Tapi dengan isteri sendiri acuh tak acuh saja! Saya give up la dah 12 tahun begini! Abang memang tak sayangkan saya!
” Terlalu banyak yang saya kena buat untuk rumahtangga ni! Saya dah tak mampu lakukan apa-apa lagi dah. Saya dah tak kisah, Abang buatlah apa yang abang mahu!” Isteri terus masuk bilik dan kunci pintu menangis teresak-esak. Isteri terlalu penat, geram, dan bosan dengan suami.
Suami keliru! Dari ok saja tiba-tiba isteri beremosi.
Kemudian, apa yang dia boleh lakukan, cuma membiarkan isteri untuk tenangkan diri. Bila malam, suami masuk ke bilik dan menegur isteri seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
Pekara begini dah berlarutan selama 12 tahun.
Dan begitulah, kenapa punca isteri sentiasa mengamuk hal-hal kecil. Kerana tangki emosi tak pernah dipeduli. Emosi isteri sentiasa diabaikan. Komunikasi antara suami isteri sangat teruk dan rumahtangga menjadi semakin hambar.
Sebenarnya,
Disebabkan kedua-dua mereka berkomunikasi dengan bahasa yang berbeza, jadi tak ada titik persefahaman diantara mereka.Bukan suami tak cuba bantu isteri dan fahami isteri, tetapi gagal setiap kali beliau mencuba.
Begini,
Menurut kajian, kebanyakkan isteri perlu menghabiskan 20 ribu patah perkataan sehari berbanding suami yang hanya perlu habiskan lebih kurang 7000 patah perkataan sehari. 3 kali ganda bezanya!
Memang suami pun jenuh penat melayan kan? Tapi sebenarnya otak wanita ni tak dapat menyimpan maklumat secara khusus. Contohnya kalau apa yang dia fikir siang tadi, membawak sampai ke malam hari. Itu pasal kalau suami tak layan, membawak sampai ke Planet Pluto Overthinking si isteri!
Isteri cuma perlu luahkan apa yang terbuku di hati.
Kau tengok eh,
Waktu lipat kain dia bercakap.
Waktu dia masak dia bercakap.
Waktu dia sidai kain dia jerit
” Abang, malam ni nak pergi giant tak? Giant kat Putra Kajang tu dah nak tutup semua item 50% less!”
Tiba tiba dia datang depan muka suami dia tanya pulak
” Abang, saya risau la tengok anak kita tu. Hari-hari taknak pergi sekolah,”
Suami pun keliru.
Sebenarnya, isteri selalu merasakan suami adalah sumber kasih sayang dan sokongan berbanding kawan-kawan, keluarga. Bagi isteri, suamilah bff dunia akhirat.
Apabila isteri meluah perasaan, suami jangan terus naik angin, tetapi mungkin boleh cuba untuk respon begini
” Sayang luah, abang ada ni untuk dengar,”
” Sayang, Abang tahu sayang penat sangat, sayang banyak bantu abang dalam uruskan rumahtangga,”
” Sayang, boleh tak harini sayang masak makanan favorite abang, ala yang kuah dia pedas pedas ada daun kesum tu?”
” Sayang, ok tak kalau minggu ni sayang plan untuk kita kemana-mana. Abang tahu sayang lebih arif bab planning ni,”
Dan Isteri,
Carilah sahabat untuk berbual. Tak semua perkara kau perlu luah pada suami. Selalunya kita yang duduk rumah ni kematu tak tahu bercakap dengan siapa selain anak-anak. Kau carilah hobi baru. Bila ada hobi, kau akan jumpa kawan-kawan baru. Suami juga ada perasaan dia yang kau tak fahami.
InsyaAllah, percayalah. Bila komunikasi lebih baik, rumahtangga akan aman dan bahagia.
Nantilah, aku tulis pulak bagaimana untuk fahami suami? Jangan la tag pasangan gais. Aku taknak bertanggungjawab kalau korang gaduh. Printscreen sajalah bagi dia. Mana suami nak baca panjang panjang ni?
Yang benar,
Syahirah Omar