Anak kalau dari awal bangun, mood dah on off memang buat ibu ayah rasa tak senang duduk. Kadang tak tahu nak apa, hingga terpaksa biar je sendiri sampailah anak rasa ok. Tapi sebenarnya jika berterusan begini pun, kesan pada emosi anak tak elok.

Bagi ibu bapa yang anak bangun pagi selalu menangis atau meragam, boleh cuba amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abdul Rahim. Beliau juga turut amalkan pada anak-anaknya dan memang nampak kesan positif pada mood dan tingkah laku anak setiap kali bangun tidur keesokan harinya.

Anak bangun pagi tenang tiada ragam tantrum dan menangis insha Allah
pastikan anak,

1. tidur awal selepas isyak tak ada HP ditangan
2. Tidur dengan didikan 3 adab tidur dimulai sejak baby didikannya dan pembentukan akhlak
3. Tidurkan anak dengan kasih sayang AL FATIHAH tepuk dodoikan anak. Insha Allah tidak ada tolak bandingannya kemuliaan dengan didikan akhlak Nabi saw

IKLAN

Ustazah Kongsi Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun, Sebelum Tidur Buat Cara Ini!

Apa sahaja yang ada samada yang buruk atau yang jahat dalam diri kita atau anak akan keluar apabila dimasukkan didikan kemuliaan al Quran dan akhlak nabi SAW.

Lebih mulia dari itu yang Allah akan beri pada kita dan anak-anak yang berjuang didik anak-anak akhlak nabi.

IKLAN

Bahkan akan terbentuk lah sikap dan akhlak anak-anak yang bukan sahaja membahagiakan kita bahkan kepada semua yang melihat mereka dan bersama mereka. MasyaAllah ❤️

Jangan biarkan anak-anak tidur sendiri tanpa didikan adab ibu ayah
Jangan biarkan anak-anak dengan HP hingga tertidur dengan lalai dan dosa.
Jangan biar anak tidur dengan mood kena marah atau pukulan.

IKLAN

Bagaimana cara kita ibu bapa tidur begitulah cara kita didik anak-anak tidur insha Allah
allahumma ameen.

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kredit: Ustazah Nazirah Abdul Rahim