Kecantikan yang sempurna bagi seorang wanita yang telah berkahwin bukan sahaja terletak pada luaran dengan kulit wajah yang mulus dan cantik dipandang. Akan tetapi turut perlu memberi perhatian yang lebih pada kecantikan dalaman khususnya pada bahagian intim.

Apa yang pasti, miss v atau faraj longgar dan berbau adalah sesuatu yang sangat ingin dihindarkan oleh semua wanita yang telah berkahwin. Keadaan ini boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri dan sekali gus membuatkan rasa tidak selesa.

Sebenarnya merawat dan menjaga daerah kewanitaan kita tidaklah sukar asalkan kita tahu caranya. Malah orang kita juga ‘kaya’ dengan petua lama tentang penjagaan dalaman wanita ini.

Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Nur Farah dan dia turut berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan minuman herba istimewa yang berfungsi untuk mengetatkan miss v di fbnya. Ternyata wanita ini nampak begitu cantik di luar dan pastinya kesihatan dalamannya juga hebat! Oleh itu, jom kita semak cara-cara penyediaannya untuk info bersama.

 

 “Tip penjagaan miss v untuk memastikan miss v sentiasa ketat dan segar sepanjang hari senang jer. Boleh buat kat dapur sendiri.” 

 

Air Rebusan Manjakani & Daun Sirih

Bahan-bahan :

21 helai daun sirih

Manjakani

Cara penyediannya:

  1. Daun sirih dicuci bersih dan kemudian direbus dalam kiraan ganjil. Biasanya saya rebus 21 helai atau 23 helai.
  2. Rebus di dalam air lebih kurang 1 liter. Kecilkan api dan rebus sampai air tersebut tinggal sedikit.
  3. Ambil manjakani dan basuh dahulu. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan daun sirih apabila air dah tinggal separuh.
  4. Masa kacau daun sirih, hati-hati dengan manjakani. Jangan kacau sampai manjakani tersebut pecah. Kalau pecah, air rebusan akan menjadi pahit dan memang tidak boleh minum.
  5. Bila telah siap, tos kan air tersebut dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama. Anda hanya perlu minum separuh cawan setiap hari.

 

SELAIN minum anda juga boleh ambil air rebusan manjakani dan sirih untuk mencuci miss V agar segar sepanjang hari.

Sumber : Nur Farah

 

Tinggalkan Komen