Tentu semua orang suka makan nasi lemak kan. Malah kaum wanita mesti pandai memasak nasi lemak. Tambahan pula, menu ini merupakan makanan popular untuk sarapan pagi. Malah, ada yang menjadikan menu ini sebagai menu tengahari dibawa ke malam. 
Kehebatan nasi lemak terletak kepada nasi dan sambalnya. Menyentuh kepada nasinya, jika salah masak, nasi akan menjadi lembik dan melekat. Jadi, kenikmatannya akan hilang. 
Nak tahu rahsia cara bagaimana untuk memasak nasi lemak dengan cara sukatan yang mudah. Ikuti perkongsian oleh Nurfatin Al-Jamalullail tip memasak nasi lemak cara yang mudah bagi yang belum mahir memasak nasinya.

Nasi tak melekat

Dulu tak pandai masak Nasi lemak . Dia punya nasi. Tak pandai agak-agak. Masak nasi tapi lembik la mentah la. Rupanya senang gila nak masak cik mak ni
2 kali try mmg jadi . Tu berani share. Tak ingat tengok tips dari mana 
Alhamdulillah nasi dah jadi sebiji-biji tak melekat antara satu sama lain.

TIPS PENTING 


3 pot beras + 4 pot air atau santan
( guna pot yang sama )

Contoh la nak masak 3 pot nasi

Cara penyediaannya: 

1. Basuh beras dan tapis
2. Potong bawang merah + bawang putih + halia
3. Masukkan beras + bawang + halia tadi . (Gaul dalam beras tadi )
4.simpul daun pandan
5. Ok masuk kan 2 pot air + 1 pot santan pekat + 1 pot santan cair ( KIRA TOTAL 4 pot air / santan ). Guna POT yang sama masa sukat beras.
6. Letak 3-5 sudu minyak masak selepas masuk air ( terpulang nk letak berapa pandai2 adjust )
7. Letak garam 1 sudu teh ( agak2 ) jgn masin sudah.
8. Tekan cook jgn lupa tekan kang tak masak nasi . Hahahaha
9. Dah masak nasi akan ada pati santan nnti ambil garpu gaul2 manja pastu tutup semula tudung periuk biar 5 minit boleh hidang la

Masa mendidih bau semerbak nasi . 

Kalau 5 pot beras+ 6 pot air/santan. Matematik di situ 

Siap! Nasi tak melekat

P/ s : saya guna santan kotak tadi

Selamat mencuba! Lepas ni confirm nasi tak melekat. Boleh lah buat makan-makan sanak saudara atau ajak mertua tunjuk skil memasak nasi lemak!