Bagi anda yang biasa makan di luar bersama keluarga, mungkin menu ini antara yang menjadi pilihan ketika membuat pesanan.

Selain hidangannya yang ringkas, menu Telur Bungkus ini sangat membuka selera. Tetapi ada tak ibu-ibu yang cuba membuatnya sendiri di rumah tetapi tidak berjaya.

Nah, admin sertakan resipi dan cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Puan Azrina Ien. Inilah lauk kegemaran suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.

Moga bermanfaat untuk semua. Tak payah nak order di kedai lepas ni ye.

Wanita Ini Kongsikan Resipi Telur Bungkus Yang Simple Tapi Sedap. Bahan-Bahan Pun Mudah Je.

Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.

IKLAN

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
2 biji telur
Ayam – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
Bawang besar – cincang
3 batang cilipadi
Carrot – potong dadu
Tomato – potong dadu
Bunga kobis – potong dadu
Kacang panjang
Cendawan shitake
Sos tiram
Sos tomato
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing.

Cara Buat Inti Telur Bungkus

IKLAN

1. Tumis

Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan Ayam & Sos

Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.
3. Masukkan Semua Sayuran & Cili

IKLAN

Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.

Wanita Ini Kongsikan Resipi Telur Bungkus Yang Simple Tapi Sedap. Bahan-Bahan Pun Mudah Je.

Cara Bungkus Dengan Telur

  • Masak Telur- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sebati. Masak telur macam buat telur dadar.Lenggangkan sedikit kuali untuk buat telur yang nipis.
  • Letakkan Inti- Bila telur dah separuh masak, ambil inti yang telah siap dan letak di atas telur tadi. Kemudian, bungkus telur perlahan-lahan.
  • Telangkupkan Pinggan-Masa nak angkat, telangkupkan pinggan ke atas telur yang dah dibungkus tadi. Maksudnya, sebelah tangan tahan pinggan dan sebelah lagi terbalikkan kuali.
  • Bahagian yang dilipat / dibungkus tadi akan berada di sebelah bawah.
  • Siap Dihidang-Ok bila dah siap, bolehlah taburkan bawang goreng atau letakkan sos cili. Hidangkan juga dengan hirisan timun atau tomato. Macam dekat warung tu!

Wanita Ini Kongsikan Resipi Telur Bungkus Yang Simple Tapi Sedap. Bahan-Bahan Pun Mudah Je.
MUDAHNYA!
Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Part bungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa. Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI