Musim cuti sekolah ni, anak-anak banyak duduk di rumah. Ibu-ibu mula pening kan apa nak disediakan menu sesuai untuk mereka. Lagi-lagi waktu petang, asyik cucur goreng jer, anak-anak pun dah muak.
Apa kata petang ini cuba resipi yang cukup mudah cara penyediaannya. Selain menggunakan 4 bahan je, resipi ini hanya menggunakan microwave. Bakar tiga minit je, dah siap. Boleh ajak anak-anak buats ama-sama mesti lagi meriah.
Inilah hasilnya..
ada tamu dtg umah dan x tau nk jamu apa? nk cepat dan mudah lagi ringkas? meh tgk resepi ayu nih. ayu buat ptg td… kek milo microwave. 3 minit jer bakar dgn microwave.
Resepi Kek Milo Microwave
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula kastor
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar minyak amsak
sebiji telur
sedikit baking powder
kismis..badam..choc chips kalau suka
Cara:
Campurkan kesemua bahan,gaul dgn sudu,tuang dlm loyang atau mangkuk cupcake,bakar dlm microwave dlm 3 minit shj
Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu!
Cuti-cuti ini memang anak-anak mempunyai pelbagai permintaan termasuk jenis hidangan untuk seisi keluarga. Malah ada yang meminta memasak makanan manis. Sekali-sekala tak mengapa. Apa kata, anda mencuba resepi viral yang mudah ini iaitu membuat Choho Jar bertih beras untuk anak-anak. Untuk membuatnya pun mudah. Boleh juga minta bantuan anak-anak untuk menyediakannya. Jom kita semak cara penyediaan resepi ini dikongsi oleh Puan Cik Puan Hana.
CHOCO JAR TERLAJAK SEDAP
Bahan-bahan:
*Sekilo bubble rice
*Coklat BERYLS Milk Chocolate
*Minyak masak secukupnya
Nota: Sekilo bubble rice. Ni leh beli kt kedai jual brg kek. Tak sampai RM10 pun unntuk sekilo
Then beli coklat jenama BERYLS. Amik yang MILK CHOCOLATE ye baru lah terlajak sedap.
Pastu minyak masak secukupnya. Haa tu je bahan2 dia.. Jgn lupa cup utk chocojar ye..
Cara-cara membuatnya:
Goreng tanpa minyak (sangaikan) bubble rice ni dalam kuali. Atau jika bimbang hangus boleh gunakan dalam oven, suhu 100° dalam 10 minit je. Agak dah rangup krup krap ok dah tu.. Then biarkan sejuk. Sementara tu, cairkan coklat Beryls ye. Nak double boiled atas dapur pon boleh tapi saya guna rice cooker je. Bekas pula saya guna kuali kat kedai RM2 je. Jimat kos. Pastikan bekas coklat tu kering ye Jangan ada setitis air pun dalam tu. Sat g menangis meraung lah korang tgok coklat korang tak cair cair.
Kemudian coklat dah cair, buh minyak masak sikit2. Agak-agak dah cair, kira ok dah tu.. Jangn pekat sangat, nanti chocojar mudah keras.. Tak sedap ye puan puan. Kemudian, buh lah bubble rice yang dah dibakar or disangai tu dlm bekas, then curah lah coklat yg da cair tu.. Make sure coklat tu da sejuk n bubble rice tu da sejuk, baru satukan mereka berdua ye.. Baru lah bagai pinang dibelah dua
Berikut gambar penyediaan:
Sekian sahaja resepi CHOCOJAR TERLAJAK SEDAP. Buat ye, jangn amik resepi pastu simpan wat pusaka macam kawan-kawan i yang lain tu. Nak nampak mewah dan sedap lagi, buh lah serdak-serdaj oreo ke, kit kat ke, cadbury ke atas dia.. so nampak mewah lah n leh up hrga.. Then guna bekas chocojar yang lawo sikit.. Doakan saya dan anak-anak sentiasa sihat, murah rezeki ye. Aamiin
Selamat mencuba!
Pisang Goreng Tetap Enak Walaupun Tidak Panas Lagi Dengan 7 Petua Ini. Wow, Terlajak Mudah Ibu-Ibu!
Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas. Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.
Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.
Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!
Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:
1. Kapur masakan
Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.
2. Tepung beras
Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.
3. Kelapa parut
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.
4. Soda bikarbonat
Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.
5. Bijan
Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.
6. Minyak panas
Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.
7. Tepung goreng segera
Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.
Dapat Anak Pun Satu Ujian. Tak Dapat Anak Pun Satu Ujian- Dr Zubaidi
Di dalam sesebuah perkahwinan, pasti setiap suami isteri mendambakan kehadiran si kecil dalam syurga kecil mereka. Selain sebagai penyambung zuriat, kehadiran si kecil juga menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian di dalam sesebuah perkahwinan.
Namun, bukan semua pasangan bertuah untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang ditakdirkan mendapat anak usai berkahwin. Tak kurang yang terpaksa menanti dan terus menanti sambil berdoa semoga dikurniakan seorang cahaya mata.
Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
Satu perkongsian di muat naik oleh drzubaidi berkenaan isu ini di laman instagramnya.
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya.
Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia.
Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: IG drzubaidi