Keadaan fizikal penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 51 sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Bahkan sakit yang dialami oleh vokalis kumpulan Slam ini hingga membuatkan tubuh badannya membengkok sering mendapat simpati dan doa terutamanya dari kalangan peminat.
Sehubungan itu Zamani dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya pada November ini. Sebelum menjalani pembedahan tersebut, pada 30 September (semalam) Zamani berjaya menghiburkan peminatnya di dalam konsert yang diberi judul Konsert Doa Buat Zamani Unplugged meskipun kesihatannya bukan di dalam kondisi yang terbaik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan konsert tersebut merupakan persembahan Zamani yang terkahir sebelum menjalani pembesahan tulang.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat kawal perasaan ini.”
Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung malam tadi.
Memetik kenyataan Zamani berkata di Kosmo, dia tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.
Ads
“Terima kasih yang hadir pada malam ini (malam tadi). Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.
“Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya melangkah,” katanya.
Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum melangkah ke dewan bedah bagi penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis awal November depan.
Kehadiran tetamu istimewa Datuk Aznil Nawawi turut memberikan kejutan apabila pengacara tersohor itu melelong beg jenama mewah miliknya yang berharga RM15,000 kepada mana-mana hadirin bagi membantu menampung kos rawatan dan kegunaan Zamani selepas pembedahan.
“Alhamdulillah, sebelum ini saya dapat kumpulkan RM122,000 untuk kos rawatan dan pembedahan Zamani hanya dalam masa 32 jam dilancarkan.
Ads
“Malam ini (semalam), saya dengan berbesar hati mahu melelong beg tangan peribadi milik saya ini dengan harga lelongan RM15,000 bagi menambah kewangan buat Zamani selepas pembedahan nanti.
“Saya juga berbesar hati untuk sekali lagi melancarkan tabung yang hanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Dengan kuasa viral media sosial, ambillah gambar dan sebarkan, marilah kita sama-sama membantu,” katanya sebak.
Tidak sampai 20 minit, beg tersebut dibeli penyanyi nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris yang diundang membacakan doa pada konsert berkenaan.
Fitri berkata, dia sudah berbincang dengan isteri untuk membeli beg berkenaan dalam usaha meringankan beban Zamani.
“Bukan atas faktor jenama beg tersebut yang menjadi ukuran, sebaliknya, saya berniat membantu Zamani,” katanya.
Ads
Konsert Doa Buat Zamani Unplugged turut dihadiri barisan artis popular tanah air yang juga merupakan idola Zamani sendiri seperti Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof.
Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui tahap kesihatannya semakin merosot teruk akibat masalah skoliosis yang dihidapi sejak empat tahun lalu.
Zamani berkata, buat masa ini, dia bergantung hidup dengan mengambil ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijadualkan pada awal November depan.
Nampaknya ada dalam kalangan anak-anak kita yang sudah memulakan sesi persekolahan tidak kira sekolah rendah, menengah atau tadika. Bila dah masuk sekolah ini, pastinya banyak ragam yang mak ayah hadap terutama sekali berkenaan tapak kasut tercabut! Maklumlah, lama tak pakai dan ada pun kasut yang ‘recycle’, tak beli baharu.
Oleh itu, ayah ini berkongsikan tips untuk mak ayah diy cara gam kasut dengan betul supaya kasut yang masih elok tidak dibuang begitu sahaja. Melekat kuat elok pula tu!
TIPS DIY GAM KASUT ANAK, TAK PAYAH HANTAR KEDAI DAH!
Harini saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?
2) Saya suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.
3) Gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal.
4) Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA). Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.
Bahan:
-Gam Dunlop Kuning
Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama.
CARA-CARA NAK GAM KASUT SUPAYA LEKAT KUAT!
1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan bermintak.
2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dgn gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.
3) Rehatkan kasut selama 30 minit! biar gam kering. jangan terus sambung nanti tak jadi! gam kalau basah dia bersinar. kalau dah kering nampak dia kering.
4) Selepas gam kering(30minit), gabungkan kedua-dua permukaan.
5) Biarkan selama 24jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24jam biar dia kering dan kuat.
6) Selepas 24jam baru kasut ready untuk dipakai boleh tahan 6-12 Bulan bergantung kepada penggunaan.
Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal. Gam kasut ini dia Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!
Ramai tidak menyedari bila usia semakin meningkat, kulit wajah akan bertukar kasar dan kusam jika tidak dijaga dengan baik. Namun bagai tiada solusi, ada yang membiarkan ianya berlaku tanpa ada sebarang tindakan mahupun rawatan.
Tindakan ini menjadikan kulit wajah kita tua sebelum waktunya dan wajah menjadi lebih berusia. Lebih membimbangkan apabila tompokan-tompokan hitam jelas kelihatan dan sukar disembunyikan.
Berkongsi solusi bagi masalah yang sering di hadapi oleh masyarakat terutamanya yang berusia 30 tahun keatas ini, Dr. Sharifah Najwa yang merupakan salah seorang doktor utama di Klinik Dr. Ana mengatakan bahawa pentingnya seseorang untuk mengetahui jenis kulit yang dimiliki bagi mendapatkan produk yang sesuai dan jenis rawatan yang diperlukan.
Penggunaan sunscreen dan pelembap haruslah dimulakan pada usia yang muda kerana ianya dapat mencegah jeragat dari timbul.
“Pemakaian sunscreen pada usia 35 tahun ke atas, berkemungkinan hanyalah untuk merawat sahaja kerana apabila jeragat sudah timbul, ianya sukar untuk dihilangkan kerana perlu menjalani treatment yang sesuai dengan masalah kulit yang dihadapi.
“Selain itu, kita kena tahu jenis kulit, salah pilih produk yang sesuai dengan kulit akan membuatkan kulit rosak.’
Disebabkan itu, terdapat pelbagai rawatan kulit disediakan apabila anda mengunjungi Klinik Dr Ana yang terdapat hampir 11 cawangan di seluruh negara.
Terbaharu, Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.
Pembukaan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan dan rawatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.
Menurut Dr. Fatin Amira yang merupakan salah seorang pengasas Klinik Dr. Ana, klinik ini mempunyai visi yang besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang kerana cawangan sebelum ini lebih di tekankan di utara Malaysia.
“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah rider Grab Food ini tular baru-baru ini apabila makanan yang dipesan pelanggannya sampai lambat. Malah berkali-kali pelanggan menghubungi tetapi tiada respond.
Rupa-rupanya rider Grab Food tersebut pekak dan bisu. Lebih menyedihkan dia tidak jumpa rumah pelanggan yang menempah makanan tersebut membuatkan dia terlewat sampai di rumah pelanggannya.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati . beliau memuat naik kisah berkenaan dilaman facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Ingat kisah rider Grab Food yang viral tu? Ya, kisah saya order Yong Tau Fu untuk berbuka puasa. Hampir maghrib tak sampai-sampai. Saya penat tunggu dia, dia pula penat tunggu saya. Saya sentiasa bersedia dengan phone di tangan. Dia juga sedia dengan phone juga. Dia call, saya jawab. Tapi dia senyap. Dia call lagi, saya jawab lagi. Dan dia senyap lagi. Begitulah sampai 7 kali, sampai saya dah mula geram, dah kenapa dengan rider sorang ni! Dah hampir sejam dok main misscall je ni! Main-main ke apa? . . Kemudian Allah gerakkan hati saya pada sesuatu. Saya buka apps Grab semula. Rupa-rupanya sarat chat box di apps Grab dengan mesej dia. Dia bagitau tak jumpa rumah. Dia bagitau, dia pekak dan bisu. Allahu Rabbi. Patutlah dia call saya, tapi senyap saja. Rupa-rupanya dia call banyak kali sebab terharap-harap saya alert dengan chat box. Saya pula memang tak biasa guna chat box tu sebab biasanya rider kalau tak jumpa rumah akan terus call saja. Jadi, saya tak boleh expect sebab inilah kali pertama saya guna khidmat rider OKU. Saya tak tahu! Subhanallah. 😭 Bila saya dah balas mesej, Alhamdulillah dia berjaya cari rumah. Tapi dia sampai hantar makanan untuk saya berbuka puasa tu masa dah Maghrib. Saya pula dah sedia atas sejadah, nak solat Maghrib dulu sebelum makan. Jadi, tak sempat jumpa dia sebab anak saya yang buka pintu dan ambil makanan tu. Usai solat, hati saya masih resah. Walaupun dah bagi tips pada dia melalui sistem Grab Pay, hati saya tetap rasa tak best. Saya rasa bersalah sebab salah sangka pada dia. Dan saya rasa perlu bagitau masyarakat supaya tak buat salah macam saya. Kena lebih peka pada kemungkinan macam ni. Jadi saya tuliskan kisah tersebut di FB untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga call pihak Grab untuk mengesan siapa rider OKU yang hantar makanan tu. “Saya nak ucap terima kasih, rider you sangat bagus. Boleh bagi no telefon dia?” Telefonis itu turut gembira saya memuji rider syarikat mereka. “Puan order dari Has Yong Tau Fu kan? Nama rider tu Rizuam. Tapi kalau nak nombor telefonnya, saya kena tanya dia dulu ya.” Saya akur.
Menunggu dari sehari ke sehari. Kecewa sebab tak dapat feedback seterusnya. Namun, Allah Maha Baik. Dia tahu keinginan saya mahu menebus rasa bersalah itu. Apa berlaku? Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Asyraf inbox saya di Facebook. “Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.” Ya Allah, berderau darah! Walaupun tulisan tersebut viral, tapi saya tak pernah bagitau nama rider Grab itu. Jadi bila dia sebut nama Rizuam, maknanya dia memang tahu kisah ini dan dia bercakap benar! Saya guna nombor yang Asyraf bagi untuk hubungi Rizuam, perkenalkan diri dan meminta maaf berkenaan peristiwa tersebut. “Saya dan suami nak jumpa Wan boleh ke? Nak sampaikan sikit sumbangan.”
Alhamdulillah, saya sempat umum di grup Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i yang saya nak jumpa rider OKU ini dan ternyata ramai nak selit sumbangan. “Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap,” ujar Rizuam. Rupa-rupanya, Asyraf! Ya, Asyraf yang bagi nombor telefon Rizuam itu pun akan hadir sebagai translator. Masya-Allah, hati saya berbunga-bunga. Rasa lengkap pertemuan kami! Tuan puan, Hari ini Rizuam datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru kemalangan balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya. Sejenis gigih! Masuk kerja pukul 10 pagi hingga 10 malam! “Team runner OKU memang jenis rajin, bonda. Kami sentiasa kejar job,” kata Asyraf. Dan paling saya sebak bila Asyraf tunjukkan senarai carta top ten runner Grab Food Kuala Terengganu. Dimonopoli oleh runner OKU! Masya-Allah. Allahu Akbar!
Bahasa isyarat bukan libat tangan saja, bahkan mimik muka. Ini dia 3 orang Sahabat Syurga. Ketiga-tiganya Rider Grab Food. Tahniah Grab sebab sediakan peluang kerja untuk orang seistimewa mereka!
Bahkan apabila Rizuam tunjukkan pencapaiannya di sistem pesanan Grab Food, saya teruja melihat lencana pujian. Apa feedback customer? Antara nombor 1 hingga 5, semuanya memilih 5! Wah! Terus teringat salah satu komen netizen yang saya baca di posting tulisan viral saya itu, “Dah tahu pekak bisu, nak kerja runner buat apa! Menyusahkan orang!” Ya Tuhan, sedap saja dia mengecam! Kalaulah dia tahu hakikat top 10 runner ini, tentu dia malu sendiri! Ternyata pencapaian team OKU sangat luar biasa, mengatasi runner yang sempurna segala sifatnya!
“Asyraf baca kat mana tulisan yang viral tu? Macam mana Asyraf tau rider tu ialah Rizuam?” soal saya, cuba meleraikan tanda tanya. “Kami ada grup, bonda. Masa Rizuam nak hantar makanan bonda tu, dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.” Allahu Akbar. Rupa-rupanya kekalutan Rizuam lebih daripada yang saya bayangkan! Dahlah kaki sakit dan hari pula makin nak malam. Rumah saya tak dapat dikesan, kalut fikir nak hantar pada customer lain pula. Kesiannya dia! 😭
Alhamdulillah. Sampaikan sumbangan. Buku dan duit daripada team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i.
Sebelum berpisah, saya sampaikan pada mereka, kata-kata Ustazah Asma Harun yang dituliskannya pada tulisan viral saya itu. Tentang OKU pekak dan bisu. “Mereka sangat mulia, bonda. Mulut mereka tidak pernah menyakiti orang lain. Telinga mereka tidak pernah bermaksiat.” Saya lihat wajah Asyraf teruja dan berseri-seri mendengar penghormatan itu. Dan sewaktu melihat dia bersungguh menyampaikan pada Rizuam dan Muhsin kata-kata inspirasi itu dengan menggunakan bahasa isyarat, saya sebak! Sebak melihat mereka mengangguk faham dan tampak ceria memahaminya! Ia memancarkan satu kepuasan luar biasa. Allahu Akbar. Benar kata ustazah, mereka ini kelompok terpelihara. Tak banyak dosa. Sembang-sembang dengan mereka, ternyata memang mereka kuat bekerja. Sebab mereka tak layan games, tak tengok movie. “Kalau layan games, tak jadi kerja pula nanti, bonda! Terlepas job,” kata Asyraf. “Habis tu, apa aktiviti masa lapang?” “Kami suka jalan-jalan, bonda. Suka tengok tempat orang. 2 tahun lepas, ramai-ramai OKU pergi Korea.” Masya-Allah. Kami yang sempurna ini pun tak sebijak itu mengatur kewangan dan perancangan. Syurgalah buatmu, anak-anak! Allah uji kamu semua dengan sedikit kekurangan, tapi ternyata kamu tidak pula berputus asa, tidak hidup meminta-minta. Bahkan usaha kamu sangat luar biasa mengalahkan kami yang sempurna sifatnya!
Alhamdulillah, hari ini dapat sampaikan rezeki Rizuam sebanyak RM5000 sumbangan team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i. Juga saya bagi planner Semangat! dan buku Bahagia Tanpa Syarat.
Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin! Oh ya, Asyraf ialah Penolong Setiausaha Sukan Persatuan OKU Pekak negeri Terengganu. Ya, dia tak bisu tapi OKU pendengaran. Dia dengar tapi tak jelas. Dia perlu lihat mulut orang yang bercakap, baru dia boleh teka apa yang diperkatakan. Seronok saya dan suami belajar bahasa isyarat hari ini. Masa Rizuam buat tanduk kat kepala, kami ingatkan dia buat isyarat marah atau syaitan. Rupa-rupanya bila Asyraf translate, baru kami tahu Rizuam cerita dia langgar kerbau. Hihi. Hari yang indah buat kami atas jalinan takdir Allah dan ukhuwah ini. Alhamdulillah. 🥰