Bila anak ramai, Wawa Zainal dikatakan tak kisah baju tak gosok, tali kasut tak ikat. Muat naik perkongsiannya di Instgaram milik Wawa Zainal telah menghiburkan peminatanya dengan kapsyen penuh makna.
Pasangan sama cantik dan sentiasa sweet iaitu pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian peminatnya.
Usahawan kosmetik yang berjaya ini dalam coretannya menulis bajunya tidak bergosok dan tali kasut tidak diikat ketika melangkah keluar di sebuah hotel bersama suaminya. Bagaimanapun ia disusuli dengan tanda pagar ‘pada hal anak tak ikut’.
Pasangan ini difahamkan sedang bercuti di Thailand bersama kakitangan syarikatnya. Bagaikan tidak kisah dengan penampilan tidak kemas itu, Wawa tetapi kelihatan menawan dengan rona merah jambu. Ibu kepada empat orang ini, kelihatan tersenyum manis berpegangan tangan dengan suaminya sambil menikmati percutian itu.
Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi antara suami isteri itu penting. Bukan sekadar soal anak mahupun rumah tangga, namun luahan tentang rasa hati juga perlu. Segala keluh kesah pasangan patut di ambil berat. Usah dibiarkan begitu sahaja kononnya si isteri mahupun suami tidak pernah meluahkan.
Andai mereka tidak berbuat demikian, tak salah jika kita yang bertanyakan, selalu ambil berat baik, tanyakan tentang apa yang mereka lalui sepanjang hari. Biarpun hanya benda yang remeh namun itu akan membuatkan pasangan rasa diri begitu dihargai.
Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu yang membuatkan kita menyesal. Waktu itu sudah terlambat untuk berpatah balik.
Perkongsian saudara Firdaus Mokhtar berkenaan hal ini wajar menjadi pengajaran buat semua pasangan supaya take note tentang pentingnya komunikasi antara suami isteri.
Berbeza dengan klien yang lain, klien kali ini mulakan sesi psikoterapi dengan soalan ke isteri saya.
“Puan dah kahwin?” Dia bertanya.
Klien ini seorang lelaki berusia 45 tahun. Seorang usahawan. Waktu sesi pertama, datang dengan badan yang agak gempal. Dalam rekod perubatan tulis 100kg juga beratnya.
Dia kematian isteri sebulan sebelum dirujuk ke hospital. Dia kerap sakit perut dan doktor diagnos sebagai gastrik. Kerap sakit kepala juga. Migrain.
2 simptom yang sebenarnya menunjukkan pesakit mengalami stress. Jadi doktor terus rujuk unit Psikologi dan kaunseling hospital. Di sini dia bertemu dengan isteri saya.
“Oh saya dah kahwin,” jawab isteri saya.
Klien tadi lantas bertanya lagi, “stress kan berkahwin?”
Isteri saya cuma jawab, “biasalah. Macam tu lah hidup rumahtangga.” Cuba memberi persamaan dengan dia. Lepas itu baru klien tadi buka cerita.
Dia dengan arwah isteri dah berkahwin selama 19 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Yang sulong berusia 17 tahun dan yang paling kecil berumur 10 tahun.
Selama hidup bersama arwah isteri dia tak ada rekod sakit. Pada mata dia, sihat sahaja. Cuma pada 1 malam, isteri dia meninggal dalam tidur. Esoknya baru klien tadi sedar, lepas tengok ada darah keluar daripada telinga dan hidung arwah.
Sebabkan tak ada rekod sakit, post mortem adalah 1 kemestian untuk dapatkan punca kematian.
Keputusan yang keluar adalah pembuluh darah pecah. Doktor kata salah satu sebabnya adalah stress. Sebab dia tak ada sakit lain.
Maka, klien tadi ini buntu. Dia marah dengan diri sendiri.
“Kenapa dia tak bagitahu dia stress? Kenapa saya sendiri tak nampak pun dia stress?” Ini dia ulang entah berapa kali. Menangis dia sepanjang sesi. Air mata yang tak berhenti. Sugul sungguh muka dia.
Dia salahkan diri. Rasa dia suami yang tak pandai menjaga isteri, tak ambil tahu tentang derita isteri. Sampai isteri tak cerita apa-apa dekat dia.
Dia rasa dia tak ambil peduli tentang isteri dia. Rasa isteri sihat sahaja tanpa dia tahu sebenarnya isteri sedang mengalami tekanan.
Akhirnya dia hukum diri sendiri. Tak makan langsung. Minum air sahaja. Itu pun bila dia rasa dia perlu. Tak pergi kerja, tak masuk pejabat. Perniagaan dia tinggal terus.
Yang buatkan isteri saya lebih terkesan, masa sesi kedua, 3 bulan lepas perjumpaan pertama tu, dia hadir dengan perubahan fizikal yang ketara. Berat dia cuma 60kg, hilang 40kg daripada sebelumnya.
Dan untuk sesi kedua ini dia masih lagi bercerita dengan air mata. Perasaan bersalah yang tak hilang dari benak hati dia.
Kawan-kawan sekalian;
Ini yang banyak berlaku dalam rumahtangga kita. Tiada komunikasi. Masing-masing hidup dengan sandaran tanggapan sendiri.
“Sihat je isteri aku tu. Tak ada masalah apa pun.”
“Suami aku tu ok. Balik rumah gelak, buat kelakar, layan anak-anak pun ok.”
Itu yang kita sangka. Tanpa kita sekali sekala bertanya kalau-kalau dia ada masalah yang ingin dia kongsi.
Isteri saya selalu pesan begini;
“Sesekali kita duduk, tanyalah keadaan pasangan. Tentang kerja, tentang kawan-kawan dia dan tentang kewangan dia.
Untuk para isteri pula, luahkanlah bila ada perasaan negatif. Luahkan dengan cara baik. Sekadar berkongsi untuk elakkan perasaan terpendam dan boleh jadi depresi.”
Begitulah sepatutnya. Saling berkongsi cerita. Jadi telinga untuk setiap suara daripada pasangan. Suara hati dia. Itu juga salah satu untuk kita hargai pasangan kita.
Sementara masih ada umur. Sementara dia masih lagi boleh berkata-kata. Kita berkongsilah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Sendiri pun selalu tak tanya ke isteri. Allahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak melihat wajah-wajah anak-anak Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Walaupun berbeza ibu namun hubungan mereka cukup rapat.
Terbaru, pelakon ini memuatnaik gambar anak-anak lelakinya. Adam merupakan anak hasil perkahwinan bersama isteri kedua iaitu Wan Sakinah manakala Anas Pula adalah anak daripada isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana Lokman.
Jika diperhatikan kedua mereka memiliki raut wajah ibu mereka masing-masing.
Untuk rekod, Adam dan Anas kini sudah pun berusia 7 tahun. Adam yang merupakan anak Kedua daripada tiga beradik. Dia memiliki seorang kakak yang diberi nama Sarah Ashraf dan seorang adik perempuan. Manakala Anas pula merupakan satu-satunya anak tunggal.
Umum sedia maklum, sejak dahulu lagi hubungan antara Dayana dan Sakinah sangat baik. Bahkan ke mana sahaja atau apa jua aktiviti dilakukan bersama baik ketika ada Ashraf mahupun tidak.
Perkongsian Ashraf menerusi laman Instagramnya Itu nyata mendapat perhatian ramai.
Hero-hero ku ! Adam Ashraf dan Anas Ashraf.
Demikian tulis bapa kepada empat cahaya mata ini menerusi kapsyennya sambil memuatnaik sekeping gambar dua beradik ini.
Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa El menerusi instagramnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.
BismillahiMashaAllah. On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .
Bukan sahaja mendedahkan wajah puterinya, malah El juga berkongsi nama cahaya matanya, Nur Aria Mikayla Muhamad faris yang indah seindah wajahnya.
Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨
Di akhir perkongsiannya, El juga sempat menitipkan doa buat puteri kesayangannnya agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.
Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan puteri pasangan Elfira dan Faris. Malah, mereka juga sempat menitipkan doa yang baik-baik buat anak kedua pasangan ini.
Terdahulu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019 dan selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu.