1 Bilik, 3 Fungsi Ruang Kerja. Cantik & Kemas, Ibu Anak Dua Ni Kongsikan!

Share

Kalau ikutkan hati alangkah seronoknya kalau dapat diadakan satu ruang bilik menggosok, satu bilik untuk melakukan hobi seperti menjahit dan satu ruang mini pejabat.

Namun dengan ruang rumah yang terhad, mungkin ini membataskan untuk direalisasikan.

Pun begitu berbeza dengan apa yang telah dilakukan  oleh Puan Miera ini. 3 ruangan tersebut telah disatukan dalam bilik yang sama dan berjaya dijaga rapi dan terlihat kemas.

”Ni lah bilik menjahit,ni lah bilik menggosok dan ni lah bilik office husband..
Smua dalam satu bilik..”

Melihat dekorasi ringkas dengan menggabungkan tiga ruang kerja berbeza di dalam bilik yang sama ini cukup mengujakan.

Ayuh kita ikuti perkongsiannya tentang bilik nan satu ini bersama pemiliknya.


Memandangkan bilik kat rumah terhad..satu bilik ni je yg ade..jdi sy satukn smua jdikn satu bilik

Saya ubah suai semua aggaran rm 500++. Sy pilih warna hijau sebab warna hijau tenang..

Sy setiap hari mmg mengemas lah..hari2 bgn pgi mmg sy akan kmas satu rumah..termasuk ruang bilik ni.

Ekstra tip

Untuk bilik sntiasa nmpak kmas..sebab tu sy meletak kn almari sebelah mesin jhit sy..slepas mnjahit mmg sy akan simpan brg dlm almari tu..

Selain tu..tempat letak benang tu sy tempah khas..bgi memudahkn kerja sy..dan nmpak teratur.

Sumber : Miera Azmira via Kelab Kaki Deko

 

IKLAN