10 Pesanan Ustazah Asma Harun Tentang Sikap Lupa Diri. Salah Satunya Berkira Kekurangan Pasangan Dan Anak. Deep!

Share

Kadang kala, manusia alpa dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kejar dunia, akhirat dilupa.

Antaranya mereka lupa bersyukur nikmat kerluarga, menghitung kekurangab pasangan, lakukan maksiat dan lupa persiapan mati.

Ikuti 10 pesanan penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun mengenai sikap segelintir manusia. Moga muhasabah diri.

Ikuti perkongsiannya.

1.Ramai yang sibuk mengintai kelebihan rezeki orang lain, hingga lupa nikmat yang dia ada.

2.Ramai yang sibuk mencela kesilapan dan maksiat orang lain, hingga lupa keaiban diri.

3.Ramai yang sibuk memuji memuja manusia, hingga lupa Allah yang Maha Terpuji.

4.Ramai yang sibuk menghitung kekurangan pasangan dan anak², hingga lupa bersyukur nikmat ada keluarga.

5.Ramai manusia sibuk menghitung kesusahan hingga lupa bersyukur akan kesenangan.

6.Ramai yang sibuk memberi dan mencari ilmu hingga lupa beramal.

7.Ramai yang sibuk beramal soleh hingga lupa membantu mereka yang memerlukan.

8.Ramai yang sibuk menikmati hidup hingga lupa persiapan akan kematian.

9.Ramai yang sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya dia sibuk, akhirnya masa dan umurnya habis sia².

10.Manusia sentiasa sibuk, hingga saat kematian lalu dia terkejut. Barulah tersedar, dunia yang direbut² semuanya akan ditinggalkan.

Renungan Muhasabah Bersama.

Asma’ binti Harun.
#UAHSahabatDuniaAkhirat

IKLAN