Macam mana pun tahan, pasti akan ada satu saat terzahir juga rasa kerinduan pada yang tiada. Lebih-lebih lagi orang yang kita sayang, yang pernah menjadi penghuni rahim si ibu.

Jika anda gemar melihat laman Facebook, mesti akan familiar dengan satu group ‘Edit Apa Hari Ni?’ kan? Seorang ibu baru-baru ini ada berkongsi gambar anaknya yang sudah meninggal dunia 11 tahun lalu untuk disunting menjadi wajah terkini anaknya itu.

“Anak syurga saya meninggal di usia 2 tahun 7 bulan, dikira-kira sekarang sepatutnya dia dah berumur 13 tahun.

“Boleh ke kalau saya minta yang bijak yang pandai, iras-iraskan muka anak saya di usia 13 tahun? Saya redha, cuma saya rindu..” tulisnya.

Memetik laporan Harian Metro, wanita dikenali Roslina Hanim Ramli berkata, dia bukanlah mahu menidakkan qada dan daqar, tetapi merindui anaknya. Malah, rindu itu tiada penghujungnya.

Menceritakan kisah itu, Wanita berumur 43 tahun itu berkata, anaknya Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia kerana kanser darah pada 2011.

“Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya jadi sudah pasti rindu itu selalu ada,” katanya.

11 Tahun ‘Pergi’ Akibat Kanser, Ibu Minta Netizen Edit Wajah Kini Anak “Saya Redha, Cuma Rindu”

IKLAN

Bagaimanapun katanya, permintaannya untuk menyunting gambar itu bukan bermaksud dia tidak reda dengan takdir sebaliknya hanya terlalu teringin melihat wajah anak syurganya itu di usia remaja ketika ini.

“Saya berpeluang melihat anak sulung lelaki membesar dan teringin lihat wajah Dania pula. Saya tak sangka warganet sudi merealisasikan hasrat itu dan berterima kasih kepada mereka.

“Saya terharu dan sebak sangat apabila dapat melihat ‘wajah’ remaja Dania…saya cakap ‘cantik sangat anak ibu’,” katanya.

Menurutnya, dia menyimpan semua gambar yang disunting dan ada beberapa yang dicetak sebagai kenangan serta pengubat rindu.

IKLAN

“Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun,” katanya.

Bercerita lanjut, Roslina Hanim berkata, anaknya kesayangan itu disahkan menghidap kanser ketika berusia dua tahun dan tujuh bulan berjuang melawan penyakitnya itu.

“Dania demam ‘on off’ selama dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.

11 Tahun ‘Pergi’ Akibat Kanser, Ibu Minta Netizen Edit Wajah Kini Anak “Saya Redha, Cuma Rindu”

IKLAN

“Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang.

“Sebelum meninggal dunia Dania diserang sawan dan ditidurkan empat hari di hospital,” katanya. Katanya, ketika itu dia adalah ibu tunggal dan kekuatannya hanya anak sulung serta keluarga kerana tahun pertama kehilangan Dania sangat sukar baginya.

“Kini saya mempunyai anak ketiga berusia tiga tahun (Danny Amsyar Muhammad Hanis) selepas berkahwin baharu yang menjadi pengubat rindu pada Dania,” katanya.

Sumber: Facebook Edit Apa Hari Ni?, Harian Metro 

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI